loading...
  • Breaking News

    Tuesday, April 4, 2017

    Aduh! Kenapa dikutip kepak ayam yang sudah dibuang & ditanam??


    SIBU, SARAWAK - Viral di media sosial mendakwa sekumpulan penduduk tempatan telah menggali semula tanah di tempat kepak ayam yang telah dibuang oleh pihak Kastam Sibu. 

    Lapor laman Facebook Info Sarawak, kejadian itu berlaku di Jalan Engkalat di mana penduduk kampung sanggup menggali tanah tersebut untuk mendapatkan kembali kepak ayam yang didakwa masih segar sebelum dibasuh sama ada untuk dimakan atau dijual. 

    Menurut laman berkenaan, pihak Kastam Sibu telah merampas kepak ayam sebanyak tiga tan dari sebuah lori kotena sejak Jumaat lalu kerana tiada permit import yang sah. 

    Sementara itu di laman Facebook Jabatan Kastam Diraja Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.






    Orang ramai diingatkan tidak berbuat demikian kerana bimbang makanan yang telah dirampas dan dibuang ini tercemar dan boleh mengakibatkan keracunan jika dimakan. - The Reporter


    from The Reporter http://ift.tt/2nSjtUS
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment