INDIA - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun ditemui tinggal bersama monyet dan tidak dapat berjalan dan bercakap seperti manusia, lapor Daily Mail.
Kanak-kanak itu dilaporkan mengeluarkan bunyi seperti monyet untuk berkomunikasi dan berjalan dengan tangan dan kakinya ditemui rizab alam semula jadi di Bahraich, utara India.
Kanak-kanak itu diberi gelaran 'Gadis Mowgli' kerana kehidupannya sama seperti kisah dongeng The Jungle Book, yang ditulis oleh Rudyard Kipling.
Menurut pihak berkuasa, ketika ditemui, kanak-kanak itu kelihatan selesa bersama sekumpulan haiwan berkenaan. Mereka juga sedang berusaha mengenalpasti identiti, asal usul kanak-kanak itu dan sudah berapa lama berada di dalam hutan.
Gadis Mowgli ditemui oleh Inspektor Suresh Yadav ketika melakukan rondaan, lapor Times of India.
Kanak-kanak itu telah dibawa ke hospital dan dilaporkan stabil selepas dua bulan kemudian dan kini masih di bawah penjagaan pihak kebajikan.
Inspektor Ram Avtar Singh, dari Balai Motipur berkata, "Dia takut melihat kami, malah tidak dapat bercakap atau tidak memahami percakapan kami.
"Ketika ditemui, dia masih berpakaian dan dikelilingi tiga ekor monyet. Ada kecederaan di beberapa bahagian badannya. Mungkin dia telah ditinggalkan oleh keluarganya.
"Dia nampak lemah dan sangat lapar. Kami beri dia sedikit makanan. Kalau kami tidak menyelamatkannya, mungkin dia sudah menjadi makanan haiwan lain," katanya.
Doktor di hospital masih berusaha mengajarnya memahami bahasa manusia, namun masih belum berjaya. Meskipun sudah diajar berjalan dengan kaki, kanak-kanak itu masih juga berjalan dengan tangan dan kaki. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2o1fl50
via IFTTT
No comments:
Post a Comment