loading...
  • Breaking News

    Thursday, April 6, 2017

    "Say goodbye, baby, say goodbye" kata si ayah kepada anak kembarnya yang sudah tidak bernyawa


    BEIRUT - Hancur luluh hati seorang bapa apabila anak kembarnya berusia 9 bulan terkorban dalam serangan kimia di Syria.

    Sambil menahan air matanya, Abdel Hameed Alyousef, 29, mengusap dan membelai rambut mereka sambil berkata, "Say goodbye, baby, say goodbye" kepada anak kembarnya itu yang sudah tidak bernyawa sebelum dikebumikan di kubur yang menempatkan 22 anggota keluarganya dikebumikan. 


    Anak kembar itu adalah antara 80 mangsa termasuk sekurang-kurangnya 30 kanak-kanak dan 20 wanita yang terkorban dalam serangan kimia di bandar Khan Sheikhoun, Syria, Selasa lalu.

    Dalam perjalanan ke tanah perkuburan, Abdel Hameed meminta agar sepupunya merakam kata-kata perpisahannya kepada anak kembarnya ketika berada dalam van.


    Difahamkan, ketika serangan itu berlaku, Abdel berada bersama anak kembar lelai dan perempuannya itu.

    "Saya mendukung mereka ke luar rumah bersama ibunya. Pada awalnya mereka sedar tetapi 10 minit kemudian, dapat dapat bau (gas itu)," katanya.

    Tidak berapa lama selepas itu anak kembar dan isterinya, Dalal Ahmed jatuh sakit. 


    Abdel Hameed kemudian membawa mereka ke paramedik dan menyangka mereka akan pulih sebelum pergi mencari ahli keluarganya yang lain.

    Abdel Hameed menemui dua mayat abangnya, tiga anak saudara serta jiran dan kawan. Tidak beberapa lama kemudian, Abdel Hameed dimaklumkan bahawa anak dan isterinya juga meninggal dunia. 

    Sepupunya, Alaa Alyousef berkata, Abdel Hameed sangat terjejas dengan kejadian itu dan sedang dirawat untuk pendedahan kepada toksin.

    "Hatinya hancur luluh kerana kehilangan ramai ahli keluarga," katanya.

    Menurut saksi, empat roket melanda kawasan itu pada jam 6.30 pagi Selasa lalu dan merempuh kawah di darat tetapi menyebabkan kerosakan struktur yang minimum. - The Reporter

    Sumber asal: Harian Metro


    from The Reporter http://ift.tt/2oLjDNS
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment