loading...
  • Breaking News

    Saturday, January 12, 2019

    'Dia siap mandi dan pasang ayat kursi' - Kisah seram ke kisah curang ni?


    "Kisah seram di pagi hari," demikian tulis seorang gadis di Twitter yang berkongsikan pengalaman seramnya ketika membuat panggilan video dengan teman lelakinya. 

    Menurut gadis berkenaan, sedang dia berbual dengan teman lelakinya itu, tiba-tiba ternampak kelibat seorang perempuan lalu di belakang lelaki itu. 

    "Dia rabut pendek, baju purle. I can see it clearly," tulisnya.

    Si gadis kemudian bertanya siapakah perempuan itu dan teman lelakinya memaklumkan bahawa hanya dia seorang saja di rumah. 

    "I pun cam shit, should I tell the truth sebab I don't think my eyes lie to me and i saw it clearly. 

    "Then I suruh dia pack barang dan mandi di office je sebab I tahu dia takut. 


    "Tiba-tiba dia tamatkan video call dan I dah mula resah like what happen apa semua. Ada orang masuk rumah ke? Everything goes in mind that time. 

    "Pastu I WhatsApp dia to make sure he's okay. Dia tak reply, lagilah I risau. 

    "Then he reply kata dia dah siap mandi dan pasang ayat kursi. I rasa serba salah sebab I tahu dia ni penakut sangat especially dalam bab ni. Shit, I hope he's alright. 

    "I'm sorry baby, I tak berniat nak takutkan awak but I saw with my own eyes," tulisnya. 


    Namun netizen berpendapat bahawa gadis berkenaan telah diperdaya oleh teman lelakinya di mana perempuan yang dilihat dalam video itu adalah 'orang ketiga'. 

    "Ah! Kenapa ada perempuan bodoh macam ni? Husnuzon pun berpada-padalah. Rasa nak smak some sense kat perempuan ini. Laki dia pun hebat berlakon acah-acah takut," kata netizen. 

    "Damn girl! Kenapa lurus sangat ni? Percaya sangat kat boyfriend. Sis, itu bukan hantu sis. Itu partner in crime atau teman tapi 'ratah' pakwe anda," kata netizen lain. 

    Sumber: @Pedoqpop


    from The Reporter http://bit.ly/2RoPFkV
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment