Bayi perempuan berusia 22 bulan dari Guangzhou, China, dikejarkan ke hospital selepas air kencingnya dikesan mengandungi darah, dalam kejadian Disember 2018.
Selepas menjalani pemeriksaan ultrasound, doktor terkejut apabila mendapati ada enam ketul batu karang di kedua-dua buah pinggangnya degan saiz paling besar berukuran dua sentimeter.
Beberapa ketul batu karang itu tleah menyekat bahagian atas dan bawah saluran ureter menyebabkan hydronephrosis (buah pinggang bengkak). Selain itu, buah pinggang bayi itu menunjukkan beberapa beberapa keabnormalan.
Melihat pada usia dan keadaan bayi itu, doktor tidak dapat mengenal pasti puncanya sehinggalah si ibu berterus terang.
Menurut si ibu, anaknya merupakan bayi pramatang dan saiz badannya lebih kecil berbanding bayi lain seusianya. Bimbang anaknya tidak mencapai ketinggian yang ideal di masa akan datang, dia telah membeli pil kalsium dan dicampur dalam susu sebelum diberikan kepada anaknya itu.
Difahamkan, si ibu berbuat demikian semenjak anaknya berusia 10 hari.
Apabila bayinya sudah berusia 10 bulan dan giginya masih belum tumbuh, wanita itu mula cemas dan menyangka anak perempuannya itu kekurangan kalsium. Lalu dia memberi suplimen kalsium tambahan dan minyak ikan yang dibelinya dari farmasi.
Tindakan ibunya menyebabkan anaknya dilanda masalah kesihatan.
Bagaimanapun, doktor berjaya mengeluarkan kesemua batu karang itu melalui pembedahan dan dia dibenarkan keluar dari hospital.
Doktor mengingatkan golongan ibu bapa di luar sana agar tidak memberi anak sebarang suplimen tambahan kepada bayi mereka di bawah usia enam bulan dan hanya susu ibu sahaja yang terbaik untuk si kecil.
Sumber: Guang Ming, World of Buzz
from The Reporter http://bit.ly/2SN74Aj
via IFTTT
No comments:
Post a Comment