Keluarga ini hidup dalam serba kekurangan setelah bapa kepada sembilan orang anak ini disahkan menghidap ketumbahan dalam perut yang menyebabkan dia tidak lagi dapat melaksanakan tanggungjawab mencari nafkah untuk keluarganya.
Roslan Kori, 38, dari Kampung Bukit Pauh, Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan, kini bergantung harapan pada isterinya, Wan Rosmini Mat Leh, 33, untuk menguruskan keluarga.
Menurut Wan Rosmini, dia tidak dapat bekerja kerana baru sahaja bersalin anak bongsunya yang kini berusia 20 hari juga disahkan menghidap masalah jantung berlubang selain perlu menjaga anak-anaknya yang lain.
"Kami tidak mempunyai pendapatan tetap kerana keadaan suami yang sakit. Sebelum ini saya ada juga menjaja kulat sisir dan siput godang ditemani anak sulung. Tapi sekarang saya tidak boleh bekerja kerana baru sahaja melahirkan anak bongsu," katanya.
Dalam kesempitan itu, dia terpaksa mengikat perut dan berbelanja mengikut keperluan sahaja kerana anak-anaknya perlu bersekolah dan memerlukan perbelanjaan sampingan.
Anak-anaknya juga dibekalkan dengan nasi berlaukkan sayur ubi kayu dan budu untuk mengisi perutnya ketika berada di sekolah. Besar harapannya untuk melihat nasib anak-anak dia berubah selepas ini dan disebabkan itu dia amat menitik beratkan pendidikan anak-anak demi masa depan yang cerah.
"Apa pun saya berharap nasib anak-anak saya akan berubah selepas ini walaupun dua anak saya terpaksa jalan kaki ke sekolah sejauh 10 kilometer setiap hari. Saya tidak sanggup jika mereka ponteng sekolah dan tertinggal dalam pelajar.
"Biarlah keluarga kami miskin harta sekalipun, namun pelajaran anak-anak perlu diteruskan demi masa depan mereka," katanya.
Sumber: GPS Bestari
from The Reporter http://bit.ly/2QLvSqs
via IFTTT
No comments:
Post a Comment