loading...
  • Breaking News

    Thursday, January 17, 2019

    (Video) 'Saya minta maaf, jangan salahkan ibu saya' - Haneesya reda gelaran juara Dewi Remaja ditarik balik


    Baru saja dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2018/2019 pada 13 Januari lalu, namun kerana video viral yang menunjukkan si juara melakukan perkara yang tidak sepatutnya, penganjur terpaksa menarik balik gelaran juara tersebut dari Haneesya Hanee atau nama sebenar Sharifah Haneesya Sayed Sahlan. 

    Pengumuman penarikan balik gelaran juara itu dilakukan oleh pihak NU Ideaktiv Sdn Bhd selaku pemilik jenama Dewi Remaja. 

    Difahamkan, pihak pengurusan telah membuat siasatan secara terperinci dan hasil siasatan mendapati Haneesya telah melanggar syarat penyertaan dalam tempoh penyertaan pertandingan itu, bukannya selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja seperti yang didakwa oleh netizen.


    "Sebagai pemilik dan penganjur, kami menzahirkan rasa sedih atas apa yang telah terjadi. Namun pada masa yang sama, para peserta Dewi Remaja sudah sedia maklum akan syarat penyertaan seperti yang telah dinyatakan di dalam konrak yang mereka tandatangani di mana mereka tidak boleh mempamerkan perlakuan tidak senonoh di khalayak ramai," kata Editor Majalah Remaja, Faiz Aimman. 

    Selain Haneesya, turut dilarang menggunakan gelaran 'Finalis Dewi Remaja' itu adalah Faizni Fazreen Fazeera Faizul dan Erni Nurshahira Khairul Nizam. 


    Dengan penarikan gelaran itu juga bermaksud, tiada gelaran bagi Dewi Remaja 2018/2019 dan Tia Sarah kekal di kedudukan kedua. 

    Sementara itu, Haneesya mengakui kesal dengan tindakannya dan bertanggungjawab di atas perbuatannya sendiri selain meminta diberi peluang kedua. 

    "Saya minta maaf sangat-sangat. Saya mengaku itu memang perbuatan dan salah saya. Saya pun tak sangka benda ini akan jadi begini. Tapi saya terima keputusan untuk tarik balik gelaran dan saya rasa itu memang sewajarnya serta perkara yang betul untuk dilakukan.

    "Sebelum mereka nak tarik balik gelaran itu, saya sebenarnya pun sudah mahu memulangkan gelaran sebab saya tahu perbuatan saya itu salah. 

    "Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tahu perbuatan saya ini sudah merosakkan nama Dewi Remaja. Saya cuma minta orang berhenti berkata yang ini semua salah ibu saya. Tidak, ini semua di atas perbuatan atau pilihan saya sendiri. Ibu saya tiada kaitan dengan hal ini.

    "Kalau boleh, jangan babitkan ibu saya. Saya harap orang maafkan saya dan beri saya peluang kedua. Kita manusia, tak lari dari melakukan kesilapan," katanya dalam sidang media khas itu. 

    Walaupun nasi telah menjadi bubur, Hanee akan memperbaiki diri dan meneruskan apa yang diusahakannya selama ini. 

    Sumber: Remaja


    from The Reporter http://bit.ly/2sxZRZu
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment