loading...
  • Breaking News

    Wednesday, February 20, 2019

    Mangsa dera tak pernah didaftarkan kelahirannya dan tidak pernah bersekolah


    Ibu dan bapa tiri kepada kanak-kanak lelaki yang didera sejak dua tahun lalu mengakui mangsa berusia 12 tahun itu tidak pernah didaftarkan kelahirannya, malah tidak pernah bersekolah.

    Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, mangsa tinggal bersama dua adik tirinya, perempuan berusia 3 tahun dan lelaki berusia setahun. 

    "Pada jam 11.30 pagi semalam, kami menerima laporan satu kes penderaan kanak-kanak dan susulan laporan itu, kami menjalankan siasatan sebelum menahan dua individu iaitu lelaki warga tempatan berusia 29 tahun yang juga bapa tiri mangsa dan seorang wanita warga asing, 38, yang juga ibu mangsa di sebuah rumah di Taman Bayu Putri, pada jam 1 petang. 

    "Hasil soal siasat, pasangan suami isteri itu mengaku mendera kanak-kanak berkenaan sejak dua tahun lalu. 

    "Siasatan mendapati, suspek lelaki yang juga pemandu bas di Singapura pernah menjadi Sukarelawan Polis di Balai Polis Puchong Jaya, Selangor, manakala isterinya peniaga makanan dalam talian. 

    "Gambar yang tular di Facebook menunjukkan suspek berpakaian 'vest Polis' dan duduk di atas motosikal adalah gambar lama ketika dia masih berkhidmat sebelum ditamatkan perkhidmatan pada 2013," katanya. 

    Pasangna itu direman selama tujuh hari sehingga 26 Februari untuk disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera. 

    Sumber: Harian Metro

    BERITA BERKAITAN: 



    from The Reporter https://ift.tt/2DUHaV2
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment