loading...
  • Breaking News

    Monday, February 25, 2019

    (Video) 'Kotornya...' - Pekerja restoran seafood kantoi campak ikan ke jalan raya sebelum dimasak


    Video seorang pekerja restoran makanan laut di Kota Kemuning menghempas beberapa ekor ikan yang masih hidup di jalan raya, tersebar di media sosial. 

    Video viral yang ditelah dikongsi lebih 2,000 kali itu menunjukkan pekerja terbabit mengambil ikan yang masih hidup diletakkan di jalan di belakang premis itu dan menghempasnya ke jalan raya beberapa kali. 

    Individu yang merakam video itu turut menunjukkan nama premis tersebut yang terletak di lokasi Kota Kemuning. 

    Sementara itu di media sosial, netizen menyelar tindakan pekerja terbabit yang jelas sekali tidak menjaga kebersihan dan zalim, biarpun ada segelintir yang berkata itu adalah perkara biasa. 

    Persoalan utama yang ditimbulkan netizen ialah, mengapa penyediaan makanan perlu dilakukan di luar belakang premis berbanding dilakukan di dapur, mengikut garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa. 

    Penduduk di Kota Kemuning juga meluahkan rasa terkejut apabila mendapati restoran popular itu berbuat demikian. 



    Susulan video viral itu, ramai yang mula memboikot restoran tersebut. 

    Sementara itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berkata, pihaknya akan melakukan pemeriksaan di premis itu secepat mungkin. 

    Pengarah Komunikasi Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan isu kebersihan di premis makanan. 

    Sumber: The Star


    from The Reporter https://ift.tt/2XnQB8c
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment