Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun kini berada dalam keadaan koma dan kritikal selepas terjatuh dari motosikal dalam kejadian tengah hari Jumaat lalu.
Fareedah Mat Shat, ibu saudara mangsa, Amiera Zulaikha, 6, mangsa yang baru pulang dari sekolah dijemput oleh ibunya dengan motosikal.
Ketika dalam perjalanan pulang itu, mangsa dipercayai tertidur lalu terjatuh dan menyebabkan pendarahan yang banyak keluar dari telinga dan hidung mangsa.
"Pada hari kejadian, dia tertidur dan terjatuh dari motosikal. Banyak darah keluar dari mulut dan hidungnya.
"Masuk darah 9 beg. Kelmarin buat pembedahan baiki rahang. Tapi masih belum sedarkan diri dari koma dan bergantung kepada bantuan mesin oksigen. Tapi hari ini doktor maklumkan otak dia dah bengkak dan mati, tak boleh nak buat apa dah.
"Pagi tadi doktor nak cabut wayar oksigen tetapi ibu dan ayah dia tak bagi, tunggu dulu. Kalau cabut, dia akan tinggalkan kami semua. Sekarang ada di ICU Hospital Kajang.
"Mohon doakan kesembuhan buat Amiera Zulaikha. Keadaannya masih tidak stabil. Doktor kata tak ada harapan untuk sembuh. Denyutan nadi dan tekanan darah semakin menurun," tulisnya di Facebook.
Sementara itu, ibu mangsa, Amereza Zaameer melalui Facebooknya turut meminta orang ramai mendoakan agar anaknya pulih kembali dan beliau reda dengan apa jua ketentuanNya.
"Kesayangan Umie, Amiera Zulaikha. Kalau Ika penat, rehatlah. Terima kasih Ika atas kenangan terindah Ika bersama kami. REhatlah Ika, Umie dan Abie sayang Ika Ya Allah, aku mohon kekuatan Ya Allah," tulisnya.
from The Reporter http://bit.ly/2SJsQJ4
via IFTTT
No comments:
Post a Comment