loading...
  • Breaking News

    Saturday, February 23, 2019

    (Video) 'Sepik asai dik!' - Suspek pecah masuk rumah ditahan orang awam


    Tindakan pantas dan berani dua jiran berjaya menangkap seorang lelaki yang memecah masuk ke sebuah rumah di Jalan Kee Hup, Kuching, pagi semalam, lapor Harian Metro

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dennis Leong Soon Kuai berkata, pemilik rumah menerima mesej amaran dari sistem penggera keselamatan rumahnya. 

    "Pemilik rumah menghubungi jirannya untuk meminta bantuan yang kemudian bersama seorang lagi jiran lain segera bertindak dan berjaya menangkap suspek," katanya. 

    Suspek yang menyedari beberapa jiran cuba menangkapnya terus memanjat ke bumbung rumah dan cuba melarikan diri namun gagal kerana terjatuh ketika cuba melompat ke bumbung lain. 


    Suspek ditangkap sebelum diserahkan kepada polis. Polis turut merampas beberapa barangan curi dalam beg suspek berusia 28 tahun itu. 

    Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. 


    from The Reporter https://ift.tt/2SVw504
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment