Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata pindaan berkenaan secara dasar dipersetujui dan dijangka dapat dibentang pada sesi pertama sidang Dewan Rakyat tahun ini iaitu bulan hadapan, selepas dibawa ke mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.
Beliau berkata cadangan pindaan itu bagi mewujudkan satu klausa khusus supaya mereka yang menghina agama boleh dianggap sebagai melakukan jenayah dan diberi hukuman berat.
"Kami buat dalam Kanun Keseksaan hanya kerana kami rasa sudah ada peruntukan itu (dalam Kanun Keseksaan) cuma kami nak bagi ketat lagi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran Standard Penarafan Masjid di Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.
Tegas Mujahid, pindaan itu tidak hanya spesifik kepada penghina agama Islam, tetapi semua agama dalam negara.
"(Cadangan pindaan merangkumi) Sama ada menimbulkan kebencian antara agama, timbulkan satu perkara tidak betul supaya orang marah (antara agama) pun dimasukkan dalam konteks kebencian agama.
"Sebab itu kami nampak (pindaan ini) lebih luas dan sudah tentu siapa yang menghina Rasulullah juga akan dimasukkan dalam perenggan ini (klausa khusus yang akan diwujudkan) tetapi dengan syarat-syarat yang akan ditentukan," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya Mujahid berkata kerajaan Pakatan Harapan memberi komitmen yang tinggi dalam isu menjaga kemuliaan agama Islam dan perpaduan antara semua agama di Malaysia secara keseluruhan.
"Jangan main-main dengan kami, kamu boleh berpolitik untuk katakan kami tidak menjaga agama, kamu boleh berpolitik kononnya dia sahaja yang menjaga agama tapi mainan anda itu cukup bahaya. Ini bukan soal kepartian, mainan ini cukup bahaya kepada sentimen umat islam.
"Sebab itu saya ingin tegaskan di sini kami ambil berat semua isu ini dan undang-undang sedia ada akan diperkukuh bagi mengelak mana-mana pihak menghina Islam secara khususnya dan mana-mana agama secara umumnya," katanya.
Pada majlis itu, Mujahid turut menyempurnakan penyampaian watikah pelantikan jawatankuasa kariah 86 masjid dan 109 surau Jumaat di Wilayah Persekutuan bagi sesi 2018-2020. - Bernama
from The Reporter https://ift.tt/2BUgbbV
via IFTTT
No comments:
Post a Comment