Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun mati terhimpit di antara dinding rumah dan bonet kereta dalam kemalangan yang berlaku di Rumah Panjang Tanjung Tokong, Georgetown, semalam.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.30 petang itu, mangsa, Annur Sumayyah Syabandi, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital kerana kecederaan parah di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaiman Che Awang berkata, kejadian itu berlaku apabila pemandu wanita berusia 35 tahun itu tertekan pedal minyak ketika mengundur kereta Proton Saga yang dipandunya.
"Pemandu wanita berkenaan mengundurkan keretanya dari tempat letak kereta sebelum terpijak pedal minyak dan terlanggar mangsa sehingga kenderaan itu merempuh masuk ke halaman rumah di situ.
"Mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang dengan bantuan ambulans, namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan," katanya.
Ekoran kejadian itu, wanita terbabit ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2X9xHSF
via IFTTT
No comments:
Post a Comment