Kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun dibelasah dan ditikam bapanya sehingga mengalami kecederaan dan lebam hanya kerana gagal menyiapkan kerja sekolah yang diberi mengikut tempoh masa yang ditetapkan, lapor South China Morning Post.
Difahamkan, mangsa telah diberikan kerja sekolah tersebut untuk dibuat waktu cuti sekolah selama seminggu tetapi gagal menyiapkannya.
Si bapa yang mengetahui perkara itu kemudian mengarahkan mangsa melutut dan mula dipukul.
Apabila nenek mangsa cuba masuk campur, si bapa menjadi semakin berang lalu mengambil pisau dapur dan menikam mangsa.
Mangsa berkata, bapanya tidak menyedari bahawa perbuatannya itu sudah keterlaluan sehingga mangsa terpaksa merayu agar dia memeriksa luka parah yang dialaminya.
Kejadian itu menyebabkan mangsa cedera di bahagian belakang kepala, badan dan punggung, selain luka berdarah di bahagian kakinya.
"Terdapat luka besar di bahagian kaki mangsa yang mungkin mengambil masa dua minggu untuk pulih," kata pakar bedah berkenaan.
"Selepas dibenarkan keluar hospital, dia perlu menggunakan topang untuk bergerak selama beberapa hari," katanya.
Nenek mangsa juga mengalami kecederaan di tangannya ketika cuba menyelamatkan mangsa.
Mangsa menyifatkan bapanya panas baran dan kerap memukulnya. Namun ibu tirinya berkata, mangsa selalu menolak untuk melakukan kerja sekolah yang menyebabkan dia dan suaminya tertekan.
"Apabila suami saya melihat anaknya cedera, dia terus membawa mangsa ke hospital. Dia sangat gelisah sehingga badannya mengigil," kata si ibu tiri.
Tidak dinyatakan sama ada polis mahu menyiasat kejadian itu atau abaikan sahaja.
from The Reporter https://ift.tt/2Iz5GAx
via IFTTT
No comments:
Post a Comment