loading...
  • Breaking News

    Monday, February 25, 2019

    'Kau tak beri, aku tak nak kawan' - Anak mengadu sering diugut kawan sekolah, cikgu ajar ibu bapa cara mengatasinya


    Kejadian barang atau wang belanja anak selalu diambil oleh rakan sekelas kerap berlaku terutamanya pada murid tahap satu, di mana mereka masih dalam proses menyesuaikan diri dan belajar membina hubungan bersama rakan-rakan sebaya. Namun, perbuatan seperti itu perlulah dihentikan dan ibu bapa perlu mengambil tahu pada aduan anak dan melaporkan perkara itu kepada guru. 

    Menurut Cikgu Mohd Fadli Salleh, jika tidak dibendung dari awal, murid yang kerap melakukan perbuatan itu akan semakin menjadi-jadi dan akhirnya terbiasa lalu membuli murid yang lain. 

    KES murid minta duit kawan, ambil makanan, minum air kawan, ambil pensel dan barang begini banyak berlaku terutamanya murid tahap 1. Bagaimana nak atasi masalah seperti ini?

    Pertama sekali, mesti laporkan pada guru kelas. Wajib laporkan agar guru tahu. Kadangkala cikgu tak tahu hal ini berlaku.

    Ibu bapa pula tak nak report kerana risau guru akan kata mereka ini terlampau manjakan anak atau segelintir ibu bapa rasa perkara ini biasa.

    "Biasalah, budak-budak."

    Tak tuan-tuan, hal ini bukan biasa. Hal ini mesti dimaklumkan pada guru agar guru boleh ambil tindakan. Murid yang suka meminta itu perlu dinasihatkan. Malah mungkin akan ada amaran jika berterusan.

    Guru pula perlu ambil perhatian tentang aduan sebegini. Sekali imbas nampak remeh, namun kesannya besar pada murid yang dibuli dan pembuli akan terus membuli. Ya, hal seperti ini sebenarnya sejenis buli juga.

    Langkah kedua, kena pesan pada anak-anak agar bertegas pada tempatnya.

    "Tak boleh, ini duit saya!"

    "Jangan ambil makanan saya lagi."

    "Jangan ambil pensel saya!"

    Kata pada anak, biarlah hilang kawan yang suka ambil kesempatan. Carilah kawan lain yang lebih baik dari itu. Tidak rugi hilang kawan yang suka ambil kesempatan ini.

    Kanak-kanak ni cukup kalah dengan ayat,

    "Kau tak beri aku tak nak kawan."

    Mereka ini begitu takut kehilangan kawan. Ayat begitu sangat banyak dijadikan senjata oleh pembuli cilik. Sayangkan hubungan itu, maka anak kita terus diambil kesempatan.


    Dah sampai masa kita didik anak memilih kawan yang betul. Dah sampai masa kita ajar anak menolak dan menjaga hak mereka. Dah sampai masa kita ajar anak kita tidak lagi boleh diperguna.

    Dan langkah terakhir adalah langkah paling murni dan terpuji, bersedekah. Buat bekal makanan lebih, bagitahu anak,

    "Nanti adik kongsi dengan kawan yang selalu ambil makanan adik tu ya. Mungkin keluarga dia miskin. Ini mama buatkan lebih dah. Bagi kat kawan satu, adik satu."

    Kalau rajin, cuba siasat kawan anak kita itu. Mungkin dia anak yatim. Mungkin keluarga dia miskin. Sesekali kirim duit lebih pada anak suruh belanja kawan itu jika mereka benar-benar tidak mampu. Itulah yang paling terpuji dan murni.

    Namun jika kawan anak itu memang anak orang berada, tapi memang sikap dia yang suka meminta-minta, laporkan pada cikgu. Lapor sekali tak jalan, lapor dua kali. Dah lapor dua kali anak kita masih dibuli, masih diambil makanan dan duit, lapor pula tiga kali. Lapor dan terus lapor sehingga tindakan yang sepatutnya diambil guru.

    Aku pernah handle kes begini. Budak yang membuli itu tidak makan saman. Aku bagi nasihat dengan lembut tak jalan. Aku bagi amaran pun tak jalan. Suruh ganti duit sampai ke sudah tak ganti walau pembuli tu bawa duit RM4 sehari. Sehingga lebih RM30 hutang tak berbayar.

    Akhirnya aku hubungi ibu bapa pembuli dan maklumkan sikap anak mereka. Ibu bapa murid tersebut mengganti duit kawan anaknya dan meminta maaf. Mereka didik pula anak mereka di rumah dan selepas itu kejadian ini tidak lagi berulang.

    Sebab itu lapor pada guru penting. Jangan ambil tindakan terus hubungi mak ayah pembuli dan maklumkan sendiri. Akan jadi pergaduhan antara ibubapa pula nanti. Akan jadi bermasam muka. Jika guru yang laporkan, InsyaAllah ibu bapa boleh terima.

    Semoga sedikit perkongsian aku kali ini memberi manfaat kepada ibu bapa yang sering dalam dilema bila kes ini berlaku pada anak-anak mereka.

    Sekian, terima kasih.



    from The Reporter https://ift.tt/2XflV9c
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment