loading...
  • Breaking News

    Thursday, February 21, 2019

    'RTM tak boleh dipersalahkan' - Gobind nafi dakwaan Setiausaha Akhbar Menteri Pengangkutan kononnya RTM cuba sabotaj kerajaan


    Baru-baru ini pegawai kepada menteri pengangkutan, Lim Swee Kuan, mempersoalkan kemungkinan RTM cuba mensabotaj kerajaan kerana tidak menyiarkan ucapan Anthony Loke dan Menteri Besar Negeri Sembilan dalam siaran langsung program rumah terbuka Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan di Seremban. 

    "Tak ada satu patah perkataan ucapan Aminuddin dan Loke Siew Fook disiarkan... apakah ini kalau bukan sabotaj?

    "Tindakan mesti diambil terhadap kemungkinan besar langkah sabotaj ke atas pentadbiran kerajaan ini," tulisnya dalam status di Facebook peribadinya. 

    Difahamkan, sambutan rumah terbuka yang diadakan di Dataran Sentrio, Seremban itu dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, timbalannya, Dr Wan Azizah, Menteri Kewangan Lim Guan Eng serta anggota kabinet. 

    Facebook Lim Swee Kuan, Pegawai kepada Menteri Pengangkutan

    Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, menegaskan bahawa RTM tidak boleh dipersalahkan kerana prosedur operasi standard RTM menyatakan dengan jelas bahawa hanya ucapan perdana menteri disiarkan secara langsung melalui stesen berkenaan. 

    "RTM tidak boleh dipersalahkan kerana tidak mengudarakan ucapan seorang Menteri dan Menteri Besar Negeri Sembilan di majlis berkenaan, memandangkan YAB Perdana Menteri turut hadir dan berucap di majlis berkenaan. 

    "Maka RTM dalam memenuhi SOP telah dengan tepat hanya menyiarkan ucapan perdana menteri secara langsung dalam majlis tersebut. 

    "Saya juga dimaklumkan ini dilakukan dengan persetujuan pihak penganjur," katanya. 

    Sumber: MalaysiaKini


    from The Reporter https://ift.tt/2GTBj5A
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment