Seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara selepas mengaku bersalah menyuntik cecair peluntur dan sabun ke dalam badan bayi perempuannya, selain mencederakan mangsa dengan pisau pencukur, lapor Daily Mail.
Elif K. telah menimbulkan kontroversi di Istanbul, Turki, di mana sebelum ini dia telah disiasat dua kali oleh polis dan dibebaskan dan kembali menjaga anaknya, Eylul Miray, 9 bulan.
Bagaimanapun, Elif akhirnya menyerah diri selepas anaknya dimasukkan ke hospital untuk kali ketiga dan mengaku telah melakukan penderaan itu sejak mangsa berusia sebulan.
"Saya tak ada perasaan sayang kepada dia dan ambil keputusan untuk menderanya.
"Sejak dia berusia sebulan, saya menyuntik cecair peluntur dan sabun ke dalam telinga, hidung dan pusat sehingga berdarah.
"Kemudian saya bawa dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Apabila mereka benarkan dia dibawa pulang ke rumah, saya kembali menderanya. Saya menyuntiknya lagi dengan cecair peluntur dan sabun, mencederakan kepala, mata, kaki, tangan dan dadanya dengan pisau pencukur.
"Apabila dia berada di hospital, saya suntik cecair sabun ke dalam salur darahnya dan saya juga suntik cecair peluntur ke salur darahnya," katanya kepada pendakwa raya.
Elif yang tinggal bersama suami, Eray K, serta tiga orang anak mereka, mula berasa curiga apabila anak bongsunya itu sering sakit.
Eray membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan doktor selepas dia mula mengalami pendarahan di telinga dan pusat, serta lebam di seluruh badan. Namun doktor tidak dapat mengesan masalah yang berlaku pada mangsa.
Apabila keadaan Eylul semakin merosot, dia dikejarkan ke hospital. Selepas diperiksa, tempurung kepalanya retak, calar dan lebam di seluruh badan menimbulkan kecurigaan doktor yang lalu memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.
Elif kemudian ditahan dan disoal siasat, tetapi dibebaskan selepas dia berjaya menyakinkan polis bahawa dia tidak bersalah.
Kesihatan Eylul bertambah teruk dan sekali lagi dimasukkan ke hospital Ogos tahun lalu. Elif ditahan semula dan dibebaskan tidak beberapa lama kemudian.
Apabila mangsa dimasukkan ke hospital buat kali ketiga, doktor tidak membenarkan Elif bertemu dengan anaknya yang sudah mula pulih.
Memandangkan ramai yang sudah mula curiga dengannya, Elif akhirnya menyerah diri di balai polis dan mengaku mendera anaknya.
Mahkamah mendapati Elif bersalah kerana mendera bayinya dan hukuman terhadapnya akan diputuskan tidak lama lagi.
Eylul kini dijaga oleh bapanya dan difahamkan kesihatannya semakin bertambah baik berbanding sebelum ini.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/2SQ5UIv
via IFTTT
No comments:
Post a Comment