loading...
  • Breaking News

    Thursday, February 21, 2019

    'Kesan cucuh api rokok di tapak kaki, mata lebam, bibir pecah bagai..' - Budak 5 tahun maut mati didera ibu dan bapa tirinya


    Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia di Klinik Kesihatan Padang Rumbia, Pekan petang semalam dipercayai menjadi mangsa dera bapa tiri dan ibunya.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nayan berkata, mangsa, Muhammad Hafiz Abdullah sebelum itu telah dibawa ke klinik kesihatan berkenaan pada 4 petang untuk mendapatkan rawatan namun setelah diperiksa mangsa didapati telah meninggal dunia.

    "Pemeriksaan awal oleh doktor mendapati terdapat kesan cedera disyaki akibat penderaan iaitu kesan lebam baru di dada, kesan cucuh api rokok di tapak kaki, bibir pecah, lebam sebelah mata kanan serta luka-luka kecil baru di bahagian kening kanan.

    "Mayat kini berada di Hospital Pekan dan akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan bagi tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian," katanya dalam kenyataan kepada media di sini hari ini.

    Othman berkata, hasil soal siasat yang dilakukan, bapa tiri mangsa berusia 54 tahun mengaku ada memukul mangsa pada hari kejadian.

    Sehubungan itu, polis menahan suspek bersama ibu kandung mangsa yang berusia 25 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama


    from The Reporter https://ift.tt/2IthWTb
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment