loading...
  • Breaking News

    Friday, February 15, 2019

    'Time kau tidur, please la pakai bra dan spender' - Gadis dicabul, nyaris dirogol penceroboh


    Viral di Twitter perkongsian seorang gadis mengenai rakannya yang nyaris dirogol lelaki yang telah menceroboh kediamannya. Namun dia terselamat selepas bergelut dan menggigit suspek yang kemudian melarikan diri. 

    Menurut Ummu Hazimah Zainiyer, 20, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi Selasa lalu di mana rakannya itu sedang tidur dengan adiknya yang berusia tujuh tahun. 

    Pada hari kejadian, ibu dan bapa mangsa keluar berniaga. 

    "Menurut kawan saya itu, seorang lelaki masuk ke biliknya dan memegang kemaluan dan buah dadahnya. Kawan saya menggigit tangan lelaki itu dan melawannya. 

    "Selepas beberapa minit, lelaki itu lari ikut pintu belakang. Kawan saya keluar dan meminta bantuan dari jemaah di surau. Mereka cuba mengejar tetapi lelaki itu hilang. 

    "Katanya, lelaki itu memakai topeng. Ketika bergelut, kawan saya cuba membuka topengnya tetapi gagal. Lebih menakutkan, lelaki itu langsung tidak bersuara ketika kawan saya menggigit tangannya," kata Ummu. 

    Mesej mangsa kepada Ummu: 

    "Time kau tidur, please la pakai bra dan spender. Pesan kat kawan-kawan kau. Aku tahu ramai perempuan bila tidur dia akan buang semua benda sebab nak tidur dengan selesa. Ada yang jenis tidur bogel. 

    "Please avoid weh! Dan lagi satu kalau kau duduk rumah seorang diri, lock pintu selalu. Ramai yang terlepas pandang tentang benda ni and it happened to me bila rumah aku tak berkunci dan aku kena cabul dalam rumah aku sendiri serta hampir dirogol oleh someone yang aku tak kenal. 

    "Guess what? Aku tak pakai apa masa tidur, cuma baju dengan seluar saja. 

    "Selalu aku baca saja cerita yang orang kongsikan di Twitter apa semua dan aku cuma buat bodoh saja sebab tahu perkara seperti itu tak akan berlaku. 

    "Tapi malang tak berbau kan dan aku tak sangka langsung perkara ini akan terjadi. 

    "Ummu, please take care of yourself. Aku tak nak kau jadi mangsa selepas ini sebab orang jahat itu ada di mana-mana saja weh. Even kadang-kadang orang yang kita kenal pun boleh..." 


    Keluarga mangsa sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. 

    Orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan memastikan pintu rumah berkunci lebih-lebih lagi apabila bersendirian di rumah. 



    from The Reporter http://bit.ly/2Syou7I
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment