Sebelum ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mendedahkan guru rajin di sekolah adalah antara mereka yang berdepan dengan tekanan kerja tinggi. Namun, tekanan itu dapat diatasi sekiranya guru tersebut bijak dalam mengawal emosi dan keadaan.
Allahyarham Farah Aida, yang merupakan seorang guru berkongsikan pengalaman yang dilaluinya sendiri dan bagaimana dia mengatasi masalah tersebut.
Allahyarham Farah Aida, yang merupakan seorang guru berkongsikan pengalaman yang dilaluinya sendiri dan bagaimana dia mengatasi masalah tersebut.
SAYA rajin ke? Jawapannya saya memang tak rajin. Sebab itu saya bukan guru yang mengalami tekanan. Saya rajin bila saya nak buat apa yang saya suka buat. Saya suka mengajar. Suka cakap kuat-kuat. Suka bila orang faham apa saya cakap, suka bila orang nak dengar cerita saya. Tapi suka juga marah-marah bila orang tak faham-faham. Hahaha.
Lakukan Perkara Yang Disukai
Saya suka netball so saya rajin la part itu. Saya suka jadi guru kelas sebab suka nak hias kelas. Saya suka suasana sekolah yang meriah dan selalu rindu kantin sekolah bila cuti. Sebab saya suka melepak di kantin. Hehehe.
Saya tak suka bila kena buat RPH kena buat fail panitia dan tugasan remeh temeh macam guru penasihat kelab dan persatuan. Leceh. Leceh sebab benda-benda ini pun diaorang sibuk nak dokumentasikan. Kan bagus kalau benda-benda seperti itu tak ada kat sekolah. Lagi tenang hidup saya menjadi seorang guru.
Bagi saya kerajinan cikgu itu pun bergantung kepada apa kesukaan dia. Kalau dia cikgu sukan mestilah kesukaan dia apa yang berkaitan dengan sukan. Kalau cikgu BM pulak rajin bab-bab bahas berpantun dan semua yang seangkatan dengan bahasa. Saya cikgu Sains mestilah saya suka part Sains ini. So selalulah ambil job luar yang berkaitan dengan Sains.
Tapi ada juga cikgu yang tapau semua. Dia bukan cikgu sukan tapi selalu sibuk dengan sukan. Lepas itu bahas pun dia, kang menyanyi, berpidato pun dia, koir pun dia. Kalau ada AJK kerja nama dia dulu orang sebut. Sebab dia memang rajin tak bertempat. Siapa suruh kan. Tapi bagus juga banyak pengalaman.
Masa saya muda-muda dulu macam tu juga, semua kerja saya nak buat. Maklumlah gergaji baru. Tenaga pun banyak dan tak hairanlah banyak anugerah yang singgah. Dulu sibuk mensasarkan masa depan. Mesti dapat begini selepas 5 tahun, mesti dapat begitu selepas 10 tahun. Saya lupa yang semua benda sebenarnya sampai pada kita tepat pada masanya. Sebab perancangan Allah yang terbaik.
Jauhi Tekanan
Tapi sekarang saya dah mengerti hidup itu bagaimana. Tu pasal saya buat kerja yang saya boleh buat dan saya suka sahaja. Sebab saya tak nak stress dalam hidup saya. Saya nak happy jer buat apa yang saya suka.
Saya dah belajar banyak dari kesilapan lalu. Saya pun tak pandang dah pangkat atau APC. Saya cuma ingin belajar bersyukur dengan apa yang saya ada.
Selama berbelas tahun mengajar ni, akhirnya saya mengerti semua perkara akan sampai pada kita bila tiba masanya. Bila kita dah cukup bersedia, bila kita cukup berusaha bila kita dah cukup berdoa, bila kita dah cukup bertawakal.
Semuanya akan hadir satu persatu apa yang kita impikan sesuai dengan masanya. Saya cuma ingin belajar menghayati hidup yang singkat ini.

Tidak Mendesak
Kalau dulu saya akan ajar pelajar saya bersungguh-sungguh, saya marah sungguh-sungguh. Kalau mereka gagal, saya denda macam-macam supaya mereka mengerti. Saya gembira bila mereka berjaya. Saya rasa sayalah yang menyebabkan mereka berjaya tapi hakikatnya bukan sebab saya pun mereka berjaya. Itu semua sebab Allah dah aturkan untuk mereka. Saya hanya asbab ilmu itu sampai kepada mereka. Tidak ada upaya pun nak jadikan mereka tu boleh terima dan pandai. Itu semua Allah yang beri mereka kemudahan.
Di satu ketika dulu saya berjumpa seorang pelajar yang teruknya la hai. Package sangat dengan kurang ajar dengan dungunya, malasnya sampai saya tak terkata dan setiap hari berdoa supaya hari berlalu dengan cepat supaya dia habis sekolah dan saya tak perlu lagi bertemu dengan dia lagi.
Saya rasa marah sebab dia tak mahu menerima ilmu saya, dengar nasihat saya dan menghormati saya sebagai seorang guru. Saya menjangkakan hidupnya akan lebih susah di masa akan datang dan masa depan yang gelap sedang menantinya.

Tapi saya silap. Di satu ketika saya bertemunya secara tidak sengaja selepas beberapa tahun berlalu. Dia menegur saya ramah, memohon maaf atas sikapnya dulu dan menceritakan kejayaannya sekarang.
Sejak itu saya mengerti bukan saya yang menyebabkan manusia tu berubah, yang memberikan hidayah itu hanya Allah. Benar saya tak pernah serahkan dia dulu pada Allah, jauh sekali mendoakan dia diberi hidayah. Saya lupa hanya Allah sahaja yang boleh menjaga dan membolak balikan hati kita. Saya tak ada kuasa apa pun untuk mengubah dia.
Sejak itu saya mengerti dia adalah ujian untuk saya. Ujian saya yang gagal saya lalui. Dia tak berjaya dulu ketika di sekolah mungkin ketika itu saya tak pernah mendoakannnya beroleh kejayaan. Tapi bila tiba masanya kejayaan tetap jadi milik dia.

Perlu Ikhlas dalam Mendidik
Sejak itu saya tahu satu perkara kenapa saya stress bila pelajar saya tak pandai-pandai bila saya mengajar. Sebab saya rasa saya bagus. Saya dah sampaikan ilmu dengan baik dan bersungguh-sungguh. Saya rasa saya dah buat yang terbaik. Tapi bila hasil tak sama dengan usaha, saya cepat kecewa dan tertekan dan selalu bertanya, kenapa mereka tak boleh terima ilmu, kenapa masih tak faham apa yang saya ajar.
Akhirnya saya mengerti tugas saya mengajar menyampaikan ilmu, saya kena sampaikan dengan baik bersungguh-sungguh dan paling penting ikhlas. Ikhlaskan diri dan akhirnya kena redha. Yang nak bagi sehingga pelajar faham dan yang nak mudahkan kefahaman pelajar, bukan saya, tu semua kerja Allah. Saya kena balikkan dia pada Allah. Berdoa semua yang saya buat kerana Allah dan hanya Allah yang boleh sampaikan ilmu yang saya beri, terangkan hati mereka dan mudahkan kefahaman mereka.

Paling penting dalam semua pekerjaan kita adalah niat. Niatlah kerana Allah. Ilmu yang nak disampaikan ini bukan sebab kita ni hebat, tapi sebab Allah yang bagi kefahaman pada kita dulu, kalau dulu Allah tak bagi kita pun sama jer masih dungu. Sebab itu serahkan pada Allah untuk bagi kefahaman. Berdoalah. Yang lain pasti mudah buat kita. Pasti stress kita pun hilang dan kita tenang-tenang sahaja bila pelajar kita tak pandai-pandai atau tak mahu dengar cakap kita.
Cuba tanya diri kita, ikhlaskah kita bila dah marah-marah itu redhakah kita bila pelajar kita tak seperti yang diharapkan. Kalau masih belum, berdoalah semoga hati kita dan pelajar kita sama-sama diberi hidayah.

Sama juga dengan tugasan lain. Ikhlaskan diri melaksanakannya. Kena hantar pelajar pergi hospital ikhlas, kena keluar duit untuk makan pelajar ikhlas, kena tambah kerja hari minggu ikhlas. Kena itu dan ini ikhlas. Dah ikhlas jangan ungkit lagi. Kalau ungkit-ungkit tu yang tertekan tu. Apatah lagi orang lain yang ungkit 'asyik kau jer kena'. Bertambah-tambah la tertekannya.
Bagi saya yang penting buatlah apa pun, rajinlah di mana pun. Kalau kau suka dan ikhlas, kau lupa segalanya. Kalau tak boleh nak cari ikhlas tu, cuba bayangkan anak-anak murid kita yang jahat-jahat yang kita rasa nak bagi penampor tu. Bila kat akhirat nanti diaorang la yang beria-ia, tarik kita masuk syurga. Terus kita rasa nak ikhlas dan redha sepanjang zaman.
Atau kau bayangkan masa kat akhirat nanti tiba-tiba kau masuk syurga tanpa dihisab. Lepas tu kau rasa pelik kenapa kau dapat istimewa sangat ni. Rupa-rupanya tugas kau masa jadi cikgu dulu kau suka cat sekolah betul-betul kan pintu, betul-betul kan bilik air, semua benda rosak orang cari kau padahal bukan tugas kau pun kan, walaupun masa kau habis kat sekolah siang malam sebab kau rajin tapi hasilnya berbaloikan sebab ikhlas. Ha...gitu.

Semoga murah rezeki wahai cikgu-cikgu semuanya. Tak kiralah perkerjaan apa pun yang cikgu lakukan. Biarpun kadang-kadang jadi polis, esok lusa jadi kerani, minggu depan jadi petani, bulan depannya jadi jururawat. Buatlah yang terbaik dan ikhlas apa adanya. Insyallah ujian ini pasti kita berjaya lalui dan lulus dengan cemerlang full marks. Yakinlah pasti ada markah di sisiNya.
from The Reporter http://bit.ly/2DB4fg2
via IFTTT
No comments:
Post a Comment