loading...
  • Breaking News

    Monday, April 29, 2019

    Budak 2 tahun melecur 70 peratus selepas terjatuh dalam periuk mengandungi air panas


    Seorang kanak-kanak lelaki melecur teruk selepas secara tidak sengaja terjatuh ke dalam periuk yang mengandungi air panas mendidih di Ukraine. 

    Mangsa, Ivan Maletych, kini sedang bertarung nyawa selepas dia mengalami kelecuran 70 peratus di seluruh badannya. 

    Gambar mangsa dirakam oleh sukarelawan kebajikan yang menunjukkan kepala dan separuh badannya dibalut dengan kain pembalut luka, terlantar di katil hospital. 


    Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika ibunya, Ivanna Maletych sedang mencuci pakaian. 

    Sebelum itu, Ivanna meletakkan periuk berisi air panas itu di lantai dapur dan keluar ke kedai untuk membeli roti. 

    "Ivan masa itu sedang bermain dalam rumah dan abangnya sedang menonton kartun. 

    "Saya percaya Ivan masuk ke dapur dan secara tidak sengaja terjatuh dan terkena pada periuk itu. 

    "Suami yang berada di halaman rumah terdengar jeritan Ivan lalu bergegas mendapatkannya," katanya. 


    Suaminya yang menyedari kejadian itu terus membuka pakaian mangsa dan menyiramnya dengan air sejuk sebelum dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). 

    Doktor mengesahkan Ivan mengalami kelecuran 70 peratus di badan dan keadaannya juga kritikal. 

    "Luluh hati saya melihat keadaannya, saya tak dapat maafkan diri saya dengan apa yang telah berlaku," katanya. 

    Sumber: Daily Mail


    from The Reporter http://bit.ly/2DP0Dr9
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment