loading...
  • Breaking News

    Saturday, April 27, 2019

    'All my baju kurung cotton from Mydin, beli RM50 je' - Eina Azman


    Kecantikan wajahnya sentiasa mencuri tumpuan peminat-peminatnya. Bukan itu sahaja, pelakon yang seringkali menambat hati netizen dengan tagline it's done ketika menunjukkan pelbagai menu masakan itu juga mencuri tumpuan para peminat terhadap penampilannya. 

    Baru-baru ini, Datin Paduka Ainur Syakina binti Azman atau lebih dikenali sebagai Eina Azman tampil dengan berbaju kurung cotton ketika menghadiri majlis perkahwinan Fasha Sandha dan Aidil. 


    Rata-rata netizen memuji kecantikannya yang memakai baju tersebut. Ada yang mengatakan Eina Azman kelihatan sopan dan menawan memakai baju tersebut.

    Bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan terkenal, sudah pastinya netizen menganggap baju yang dipakai oleh Eina Azman mencecah ribuan ringgit atau sebaliknya. 

    Sekali lagi, Eina Azman memuat naik gambarnya di Instagram memakai baju cotton ketika berkunjung ke Sri Pentas TV3 jumaat lalu. 


    Kerana kelihatan cantik, ada netizen yang bertanyakan kepadanya di manakah Eina Azman membelinya. Namun, jawapan yang diberikan Eina sangat mengejutkan, apabila Eina menyatakan dia membeli baju tersebut di gerai jualan di Mydin dengan harga RM50. 

    Netizen memuji dengan kesederhanaan Eina dan menganggap suami Eina cukup bertuah memiliki Eina.



    Sumber: Eina Azman


    from The Reporter http://bit.ly/2vlXj1Z
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment