Bilik air punca rezeki terhalang
Hari ini saya nak kongsi bab bili kair. Saja nak kongsi walaupun saya tahu bilik air rumah anda cantik dan bersih.
- Apa yang kita perlu lakukan adalah pergi tengok di bilik air (tandas) dalam rumah kita. mesti bilik air dalam rumah. Kalau bilik air di lura rumah, kita termasuk dalam zon selamat.
- Tolong baca sampai habis kenapa bilik air punca rezeki tersekat.
Dalam Islam memang kita tahu bahawa bilik air adalah tempat tinggal syaitan dan jin. Malah di situ jugalah mereka beranak-pinak.
Adakah bilik air kita ada ciri-ciri seperti di bawah?
- Tandas kotor. Adakah bilik air kita bersih seperti ini?
- Lantai dan mangkuk tandas kotor kekuningan?
- Bila pijak lantai rasa licin sebab dah berlumut hijau hitam?
- Sinki dalam bilik air berkerak?
- Bau bilik air anda setaraf tandas awam?
- Pintu bilik air sentiasa terbuka?
Bila bilik air kotor, syaitan dan jin akan bersuka ria membiak dan beronggeng sakan.
Bila pintu bilik air sentiasa terbuka, maka seronoklah syaitan dan jin keluar serta berjoget lambak dalam rumah kita.
Bilik air kotor menjadikan rezeki payah nak masuk. Maka dari situ punca rezeki kita tersekat.
Syaitan dan jin akan meruntuhkan kasih sayang yang juga rezeki dalam sebuah keluarga. Anak jadi biadab, isteri hilang hormat pada suami, suami pemalas.
Sifat-sifat negatif - akan banyak dalam diri kita. Contohnya, iri hati, cepat sentap, rasa diri selalu betul orang lain pula salah, sombong bongkak, lupa Allah (tak solat, puasa dan berzakat).
Bila kita melakukan sesuatu perniagaan, emosi kita haruslah stabil. Bila emosi tak stabil, mental lemah dan sifat malas berkuasa, macam mana nak berniaga?
Bermula dari hari ini, kena rajin basuh bilik air.
Dalil berkaitan tandas tempat tinggal jin:
Dari Zaid bin Arqam, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi WaSallam bersabda:
“Sesungguhnya tandas-tandas itu dihuni oleh Jin. Oleh itu, apabila seseorang di antara kalian masuk tandas, maka katakanlah: Allahumma inni audzubika minal khubutsi wal khabaits (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari gangguan jin laki-laki dan jin perempuan”
(HR. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)
Kongsikan jika bermanfaat kpd org lain..In Shaa Allah.
Sumber: Facebook
from The Reporter http://bit.ly/2VmlN9P
via IFTTT
No comments:
Post a Comment