Ahad lalu, Harian Metro melaporkan seorang wanita mengalami serangan asma dan kejang kedua-dua belah kaki ketika melakukan aktiviti meredah hutan di Hutan Simpan Seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya.
Mangsa yang tidak bergerak keluar, terpaksa menghubungi pihak Bomba untuk meminta bantuan. Jam 3.14 petang, seramai 16 anggota bomba mengangkat mangsa seberat 137 kilogram itu menggunakan pengusung secara bergilir-gilir.
Perjalanan sejauh dua kilometer dari jalan utama dengan keadaan trek berbukit membuatkan anggota bomba mengalami kesukaran dan kepenatan.
Mangsa berjaya dibawa keluar pada jam 7:40 malam dan diserahkan kepada pasukan paramedik Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.
Sementara itu di media sosial, netizen pula melemparkan komen-komen yang tidak sepatutnya dan menuduh mangsa sengaja berbuat demikian kerana penat dan tidak mahu berjalan sendiri.
Dakwaan dan komen melampau itu membuatkan pengendali Facebook Group Hiking & Recreation Around Malaysia (HARAM) kesal dengan netizen yang bukan saja menuduh bukan-bukan, malah menghina fizikal mangsa.
Assalamualaikum. Saya mewakili barisan admin HARAM mengutuk sekeras-kerasnya spesis penghina fizikal orang ini. Untuk pengetahuan semua:
Semasa kejadian itu berlaku, bukanlah disebabkan oleh penyakit asma. Boleh rujuk gambar di bawah, beliau sudah sampai pun ke puncak Denai 3 Puteri itu. Jadi maknanya beliau ada tenaga untuk berjalan. Namun dia mengalami kekejangan di kedua-dua belah kaki dan memang tidak mampu nak bangun ketika nak turun.
Untuk pengetahuan semua, Denai 3 Puteri adalah antara bukit paling landai untuk didaki di kawasan Selangor/Kuala Lumpur. Bukan jenis naik mencanak teruk.
Anggota bomba, memang kerja mereka menyelamat dan sebab itulah nama mereka Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Anggota bomba ini terlatih, mereka bukannya tiada basic bab medic ini. Anggota bomba akan periksa dulu mangsa sebelum melakukan apa-apa tindakan. Jadi, kalau rasa akak itu menipu, tak ada maknanya anggota bomba nak angkat. Korang fikir anggota bomba ini bodoh ke apa? Anggota bombap un tak bising dan mengeluh kena angkat, korang pula bising? Apahal?
Bab kecemasan ini tak kiralah anda gemuk, kurus, tinggi, pendek, melintang patah membujur lalu sekali pun, kalau benda itu nak jadi tetap jadi. Kun Fa Ya Kun. Lagipun korang rasa akak itu tahu ke teknik nak kremkan kaki sendiri semata-mata nak suruh bomba angkat?
Komen "Dah tau badan camtu, kenapa hiking?" Come on bro, tak pakai akal ke masa taip tu? Tak selidik dulu ke? Akak itu bukan first time hiking dan bukit itu antara bukit terlandai. Lagipun hiking ini antara best therapy kot. Hirup udara segar dalam hutan. Korang tanyalah mana-mana pendaki, jarang sangat diorang try hiking satu bukit terus berhenti. Kebanyakkan akan cakap, "rindu bau hutan" walaupun dia pernah cakap "Ini last gunung aku naik".
Kenapa saya agak emosi dalam hal ini? Satu sebab, akak ini pendaki dan cuba tenung wajahnya yang berumur hampir separuh abad ini. Sekurang-kurangnya kalau tak nak hormat, adalah sikit rasa simpati. Kalau sesama manusia tak boleh hormat, elok kaki kecam + hina fizikal orang ini beli satu kotak besar kemudian masuk ramai-ramai dna hanyutkan diri ke laut.
Saya takkan tutup nama-nama kaki komen ini. Saya tahu akak itu mesti down kalau baca. Tapi kami admin HARAM terpanggil untuk berdiri di depan akak ini untuk isu ini.
Saya doakan kaki kecam dan hina fizikal orang ini, Allah beri hidayah pada mereka untuk berubah. InsyaAllah. - Zairi Zainal
Sumber: H.A.R.A.M, Harian Metro
from The Reporter http://bit.ly/2GCCHJ9
via IFTTT
No comments:
Post a Comment