Seorang lelaki membawa empat anak perempuannya menaiki basikal dan membawa mereka ke tempat terpencil sebelum mencampak mereka dari sebuah jambatan.
Suspek berbuat demikian kerana berang isterinya tidak dapat memberikannya anak lelaki.
Ekoran kejadian itu, salah seorang mangsa maut serta-merta di te8mpat kejadian, manakala tiga lagi mangsa berada dalam keadaan kritikal.
Lapor Gulf News, kejadian itu berlaku di sebuah perkampungan di Damodarpur di dearah Lakhisarai, India, pada malam Isnin lalu, mengemparkan para penduduk di kawasan itu.
Susulan kejadian itu, polis telah menahan suspek yang dikenali sebagai Nandu Yadav yang dalam keterangannya mengaku cuba membunuh empat anaknya berusia antara dua hingga lima tahun.
Suspek berkata, dia mencampak anaknya seorang demi seorang dengan niat untuk membunuh mereka semua
Penduduk tempatan yang bekerja di kawasan berhampiran terdengar bunyi 'benda terhempas' lalu bergegas ke tempat kejadian dan mendapati empat kanak-kanak itu terbaring di atas tanah dan salah seorangnya telah mati.
Tiga lagi mangsa segera dihantar ke hospital dan keadaan mereka sangat kritikal.
Tidak cukup dengan itu, suspek juga bergegas ke hospital untuk membunuh ketiga-tiga mangsa selepas mengetahui mereka sedang diberi rawatan.
Namun penduduk kampung bertindak menangkapnya dan diserahkan kepada pihak polis.
from The Reporter http://bit.ly/2UUK2N9
via IFTTT
No comments:
Post a Comment