loading...
  • Breaking News

    Tuesday, April 23, 2019

    'Malu nak tunjuk kepada pelancong asing, Kampung Baru macam kampung setinggan' - Khalid Samad


    Menteri Wilayah, Khalid Samad berkata, kerajaan persekutuan sedang mencari jalan untuk membeli tanah-tanah sedia ada di Kampung Baru bagi tujuan penempatan Melayu di ibu kota. 

    Menurut beliau, pembelian tanah itu bagi memastikan pembangunan semula yang lebih teratur dan menyeluruh di kawasan segi tiga emas itu, malah dapat mengelakkan pembangunan secara 'runcit' apabila pemilik tanah menjualnya kepada pemaju secara langsung. 

    Selain itu, ia dapat mengelakkan pemaju menjual hartanah Kampung Baru kepada bukan Melayu, bagi mengekalkan kawasan itu sebagai tanah rizab Melayu. 

    "Sekiranya semua orang mahu tunai dan tiada siapa yang mahu pangsapuri (sebagai pertukaran untuk tanah mereka), ini merupakan senario terburuk yang mungkin (perlukan) antara RM6-10 bilion," katanya memetik laporan dari MalaysiaKini, Isnin, 22 April 2019. 

    Namun kerajaan katanya sedang mengkaji formula di mana pemilik tanah akan mendapat pembayaran campuran seperti wang tunai dan hartanah, contohnya. 

    Usaha itu amat penting bagi memastikan kawasan Melayu dibangunkan. Setakat ini, 80 peratus pemilik bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan dan yakin semua yang terlibat akan bekerjasama dengan kerajaan. 

    "Sesuatu yang amat memalukan untuk ditunjuk kepada pelancong asing bahawa ini adalah kawasan Melayu (di tengah-tengah bandaraya), macam kampung setinggan sedangkan tanah (di sini) cukup bernilai dan pemiliknya semua patut dianggap sebagai jutawan, tetapi tidak dapat memanfaatkan nilai hartanah tersebut," katanya. 

    Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Khalid itu, tidak kurang juga ada yang menyokong usaha itu bagi mengelakkan tanah itu dimiliki bukan Melayu. 





    Sumber: MalaysiaKini


    from The Reporter http://bit.ly/2GB98Yw
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment