Seorang wanita Malaysia dituduh memeras ugut sepasang suami isteri yang kematian bayi mereka untuk sejumlah wang A$1,000 (RM2,900).
Siti Nurhidayah Kamal, 24, tidak dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Ringwood semalam, kerana bimbang tertuduh akan keluar dari Australia.
Ibu kepada dua anak itu dituduh menghubungi ibu bapa kepada mendiang Amiyah Windross, 11 bulan, dan meminta bayaran A$1,000 jika mahu telefon bimbit milik pasangan itu yang mengandungi banyak gambar bayi mereka, dikembalikan.
Difahamkan, Amiyah meninggal dunia minggu lalu kerana menghidap masalah saraf sejak lahir.
Mengikut pertuduhan, Siti Nurhidayah menghubungi Jay dan Dee Windross pada Selasa melalui aplikasi WhatsApp selepas pasangan itu merayu di media sosial agar telefon bimbit Samsung Galaxy S8 milik mereka dikembalikan.
Peguamnya, Royce Dekker, berkata, anak guamannya mengaku bersalah di atas pertuduhan itu.
"Ini sangat menjijikkan. Kenapa tergamak berbuat demikian sedangkan dia tahu keadaan kami. Sanggup dia melakukan perkara yang memalukan seperti itu.
Pasangan itu percaya, telefon itu dicuri selepas tertinggal di tandas pusat beli-belah, jam 5:30 petang Sabtu minggu lalu.
Siti Nurhidayah dan suaminya dilaporkan tinggal di Australia sejak empat bulan lalu dan bekerja sebagai penghantar Uber Eat dengan pendapatan A$120 (RM496) sehari. Manakala, dua anak mereka ditinggalkan di Malaysia.
"Pendapatan mereka lebih dari kami. Sedangkan kami terpaksa bayar bil hospital, tempat letak kereta, bil gadai janji, dan dia berada di sana menangis kerana tidak mendapat wang secukupnya," kata Jay.
Sementara itu, telefon bimbit itu masih belum ditemui dan Jay sekali lagi merayu individu yang mengambil telefon tersebut memulangkan kepadanya dan dia tak tidak akan mengambil tindakan undang-undang.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter http://bit.ly/2UN9G1o
via IFTTT
No comments:
Post a Comment