Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dilaporkan mahu meletak jawatan kerana berang dengan rombakan majlis eksekutif exco Kerajaan Negeri Johor, menurut sumber yang dipetik oleh MalaysiaKini.
Menurut sumber itu, Mahathir mendedahkan perkara itu semasa mesyuarat kecemasan majlis tertinggi PPBM yang diadakan pada malam Isnin lalu.
Kata sumber lagi, Mahathir pada mesyuarat itu memaklumkan beliau begitu kecewa pada pagi itu apabila tiga ahli exco baru mengangkat sumpah jawatan.
Anggota majlis tertinggi yang lain kemudian meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keingkaran menteri besar baharu itu.
"Beliau begitu kecewa dan terkejut kerana Menteri Besar Dr Sahruddin Jamal tidak mematuhi nasihatnya untuk mengekalkan barisan exco," kata sumber.
Namun, Syed Saddiq berjaya memujuk Mahathir agar tidak melepaskan jawatannya.
"Bagaimanapun semasa mesyuarat baru bermula, Mahathir kembali tenang, sekali gus menafikan dakwaan yang disebarkan di media sosial kononnya Perdana Menteri mengancam untuk meletak jawatan pada mesyuarat itu," katanya.
Mengulas lanjut, sumber itu berkata menteri besar baru mungkin tunduk terhadap desakan sultan selepas berunding dengan presiden Bersatu dan pemimpin Bersatu Johor, Muhyiddin Yassin.
"Muhyiddin memberitahu mesyuarat bahawa semasa kejadian itu, beliau berada di luar negara untuk mendapatkan rawatan perubatan dan tidak menyedari keputusan parti itu.
"Jadi bila Dr Sahrudin tanya Tan Sri (Muhyiddin), Tan Sri pun cakaplah, 'sebagai MB, kamu patut bekerja dengan orang yang kamu selesa', itu je," kata sumber itu.
Sumber itu mendakwa bahawa apa yang berlaku adalah kes salah faham.
Sumber: MalaysiaKini
from The Reporter http://bit.ly/2ZudZCh
via IFTTT
No comments:
Post a Comment