Seorang wanita berusia 43 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas motosikal yang dinaiki bersama suaminya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 2.3 Jambatan Pulau Pinang, hari ini.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7:55 pagi itu, mangsa, Junaidah Abdul Rani, membonceng motosikal yang ditunggang suaminya, Abd Samat Azizan, 55, dari arah Seberang Jaya menuju ke tempat kerja mereka yang terletak di Georgetown.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, motosikal jenis skuter SYM VTS 200 yang dinaiki pasangan itu bergesel dengan dua buah motosikal yang cuba memotong dari belakang.
Sebelum kejadian itu, sebuah motosikal yang berhenti di lorong kecemasan jambatan, secara tiba-tiba memasuki semula laluan motosikal.
Keadaan itu menyebabkan semua penunggang termasuk Abd Samat memperlahankan motosikal masing-masing di laluan itu. Malangnya, dua buah motosikal masing-masing jenis Honda RS150R dan Yamaha Y15LC ditunggang Mohd Hanif Othman, 28, dan Nur Syafiqah Rohani, 24, yang datang dari belakang cuba memotong motosikal yang dinaiki pasangan itu tetapi gagal.
"Sebaliknya mereka bergesel dengan skuter itu menyebabkan Junaidah tercampak ke jalan raya," katanya.
Akibat kejadian itu, mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala suami mangsa dan dua lagi penunggang motosikal cedera ringan.
Menurut saksi kejadian, mangsa meninggal menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan suami, membuatkan orang ramai yag melalui jalan itu sebak melihat pasangan itu.
Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk tindakan lanjut.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter http://bit.ly/2vj8CYN
via IFTTT
No comments:
Post a Comment