loading...
  • Breaking News

    Sunday, April 28, 2019

    Budak hilang sejak 25 April, ibu rayu bantu cari anaknya


    Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dilaporkan hilang sejak Khamis lalu walaupun sesi persekolahan sudah tamat. 

    Berdasarkan laporan yang dibuat oleh ahli keluarga, Muhammad Fadli Abdullah dikatakan pergi ke sekolahnya pada jam 6:45 pagi dan sehingga jam 1.30 petang, masih tidak pulang ke rumah. 

    Ibu mangsa kemudian dimaklumkan oleh kakaknya bahawa Muhammad Fadli masih belum pulang dari sekolah. 

    "Saya berada di tempat kerja Fetronik PTP, terima panggilan daripada kakak saya yang memaklumkan anak saya masih belum pulang ke rumah. 

    "Saya telah bertanya kepada pemandu Van Sekolah dan dia memberitahu anak saya tiada di dalam van," katanya. 

    Ibu mangsa turut menghubungi guru anaknya yang memaklumkan mangsa hadir ke sekolah pada hari kejadian. Tetapi mangsa masih belum pulang ke rumah biarpun hari sudah lewat. 

    Ibu mangsa juga telah mencuba mencari anaknya di beberapa kawasan tetapi tidak memperolehi sebarang maklumat.


    Justeru, ibu mangsa berharap orang ramai membantu mencari anaknya yang kali terakhir dilihat memakai pakaian sukan Sekolah Rendah Kangkar Pulai 2 berwarna biru dan menghubungi nombor telefon bimbitnya, 017-7163757.

    Seorang netizen mendakwa pernah berbual dengan kanak-kanak itu. 

    "Aku pernah berbual dengan dia ni. Dia cakap mak kerja, ayah dah meninggal. Nak makan, tak ada duit belanja. 


    "Tanya dia duduk di mana, dia kata duduk di Larkin. Kangkar Pulai baru dua minggu pindah sini katanya. Sejak dari itu dah tak nampak lagi dia ni," kata Jen Jen Islam. 


    from The Reporter http://bit.ly/2DDwyuf
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment