loading...
  • Breaking News

    Tuesday, February 2, 2021

    'Ajar je biar puas hati' - Kantoi curang, isteri mengamuk tampar suami & tarik rambut BFF


    Warga maya di media sosial Indonesia dihebohkan dengan video seorang wanita mengamuk di sebuah rumah yang membabitkan suaminya dan wanita yang dipercayai orang ketiga. 


    Si isteri yang tidak terkawal emosinya itu menampar suami dan wanita perampas terbabit yang juga merupakan sahabat baiknya sendiri yang didapati curang dengan suaminya. 


    Lelaki pula berusaha menghalang kedua-dua wanita kesayangannya itu dari terus bergaduh, tetapi gagal berbuat demikian kerana isterinya yang lebih gagah dek kemarahan yang tidak terkata. 


    Orang ketiga itu menjerit kesakitan ketika rambutnya ditarik dan dalam masa yang sama si suami cuba melepaskan tangan isteri yang masih menarik rambut kekasihnya. 


    "Berkawan selama tujuh tahun, akhirnya suami dirampas oleh sahabat sendiri," tulis kapsyen video tersebut. 


    Video itu viral di media sosial dan telah ditonton lebih dari 200,000 kali dan mengundang pelbagai reaksi netizen. 


    "Ya Allah, geram aku tengok. Rasa nak tarik juga rambut perempuan tu," kata netizen. 


    "Berhati-hatilah para isteri, jangan kenalkan suami dengan sahabat. Apatah lagi membawanya ke rumah. Seram," tambah netizen lain. 


    "Ini barulah isteri yang mantap, ajar je biar puas hati," netizen. - Agensi



    from The Reporter https://ift.tt/3cw0LxN
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment