Seorang wanita yang dikenali sebagai Neng Enci, 42, ditemui tidak bernyawa di bilik sewanya di Kabupaten Kuningan, Jawa Barat, Indonesia pada jam 7 petang, Jumaat lalu, 18 Mac 2022.
Siasatan mendapati, mangsa mati dibunuh oleh teman lelakinya, seorang mahasiswa dikenali sebagai 'FN' berusia 19 tahun.
Lima hari selepas penemuan mayat mangsa, suspek berjaya ditahan polis di kediamannya. Suspek mengaku dia nekad membunuh mangsa yang menolak ajakannya untuk berasmara kali kedua.
Jurucakap polis, Dhany Aryanda berkata, pasangan itu terdahulu melakukan hubungan intim seperti suami isteri. Selesai pusingan pertama, suspek meminta pusingan kedua tetapi mangsa menolak permintaan teman lelakinya itu.
Berang permintaannya ditolak, tercetus pergaduhan di antara mereka yang menyebabkan Neng mati dibunuh.
Ketika kejadian itu berlaku, warga setempat terdengar suara jeritan mangsa dan terus datang ke bilik sewa itu dan mendapati mangsa sudah terbaring tidak bernyawa.
Laporan bedah siasat menunjukkan, mangsa maut akibat sesak nafas selepas mulut dan hidungnya ditekup oleh suspek. Sebelum itu, suspek menganiaya mangsa berikutan penemuan beberapa kesan kecederaan di bahagian bebola mata dan dalam mulut.
Difahamkan, suspek dan mangsa berkenalan melalui aplikasi media sosial. Mereka baru berkenalan selama dua minggu.
Sumber: Tribun News
from The Reporter https://ift.tt/WKuMpNX
via IFTTT
No comments:
Post a Comment