Menurut Rizal, dia telah menghubungi dua kakitangan syarikat berkenaan bagi menuntut penjelasan. Namun kedua-duanya menekankan bahawa mereka sedang menjalankan projek untuk Kerajaan Malaysia.
Di bawah adalah kronologi kejadian yang ditulis oleh Rizal:
KRONOLOGI PENCEROBOHAN syarikat dari republik China ini ke dalam kawasan tanah aku begini ceritanya. Sedapnya baca ni kalau ada pop corn. Pasal aku yang kena, kau kat sana sedaplah melunjur kaki je.
1. Pada 18 Disember 2017, Isnin (ketika ini aku masih berada di Kuala Lumpur). Satu gerombolan pekerja Cina datang ke rumah aku di Kampung Senggora dan menyatakan hasrat utuk melakukan kerja boring. Kerja boring ini adalah satu fasa di mana kerja mengorek tanah untuk mengkaji struktur tanah tersebut sebelum dilakukan sebarang construction. Jadi, di situ mereka dapat menilai kos yang akan terlibat setelah hasil kerja boring diserahkan.
Mereka menyerahkan surat meminta kebenaran masuk dan adik aku sign. PAP! Di situlah cerita bermula. Pemilik tanah, bukan adik aku dan disitulah pencerobohan bermula. Mereka akan desak dan terus menggunakan ayat "Ini projek Kerajaan Malaysia mahu bikin kereta api laju", jadi nampak benda itu gempak dan suci.
Menambahkan lagi kelakar, mereka menyerahkan saguhati berupakan hamper sekitar harga tak sampai RM50 sebagai tanda penghargaan bagi membenarkan mereka 'menceroboh'.
3. Maka mereka pun terus melakukan kerja mengkaji tanah dengan meletakkan mesin boring ini. Mesin ini pula agak besar dan dengan selamba menggunakan kawasan rumah aku. Kedua, berlaku pencemaran udara dan bunyi yang terhasil dari mesin tersebut. Ternyata amat mengganggu kegiatan harian kami sekeluarga. Ketiga, tanaman pisang juga ditebang dengan hanya meminta kebenaran daripada unauthorized person.
4. Jadi pada 18 Disember 2017 itu, seharian aku berkonfrontasi dengan boss mereka bernama Along (Cina) melalui panggilan telefon. Aku ada rakaman tetapi untuk wartawan suratkhabar power la, jumpa di Starbucks kalau nak.
Lemas dengan desakan aku, Along kemudian menyerahkan panggilan telefon aku kepada boss lagi tinggi bernama Mr Chua. Mr Chua beberapa kali menggunakan point "Ini projek Kerajaan Malaysia!".
Sebagai seorang bersifat profesional, aku masih control perbualan dan hanya mencarut dalam bahasa inggeris di dalam hati.
5. Di akhir perbualan, Mr Chua menawarkan saguhati RM200 sebagai pampasan. Aku balas dan jawab,
"Zaman Najib ni, RM200 nilaiannya sangat kecil berbanding zaman Tun Razak."
Jadi aku berkeras meminta mereka membuat perjanjian baru dan menyatakan bentuk kerja, timeline dantawaran pampasan kepada kami. Jika kami bersetuju, barulah kerja-kerja itu diteruskan. Cadangan saya itu dibalas dengan gelak ketawa Mr Chua. Katanya, bajet dia hanya RM200 sahaja. Sekali lagi aku mencarut dalam hati. Konfrontasi kami tiada kata putus.
6. Keesokan harinya, 19 Disember 2017, melalui risikan kawan-kawan kampung, mereka WhatsApp kepada aku mengatakan gerombolan pekerja kereta api ini sudah berlonggok di depan rumah aku. Dengan kadar berang dan teramat marah, aku menghubungi Along dan mengugut akan membuat laporan polis jika pekerja dan mesinnya masih berada dalam kawasan rumah aku. Aku akan caj parking mesin itu per day jika ia masih berada di dalam kawasan rumah.
Along bersetuju untuk keluar dari kawasan rumah. Aku beri timeline sehari untuk mengosongkan kawasan. Along berjanji ban keluar pada hari tersebut dan mereka telah mengosongkan premis.
7. Pada 20 Disember 2017, aku balik ke Kampung Senggora di Maran, Pahang dan melihat kerosakan serta mengambil gambar dan video untuk bahan bukti kelak. Petang itu bertemankan Tok Empat Kampung Senggora yang steady, aku buat laporan polis.
8. Begitulah perkembangan terkini. Konsep dia senang saja, no money no talk. Hulur sedap, kita kawtim. Projek bilion-bilion, aku dapat hamper tak sampai RM50. B*TUH LAA !
Sumber: Rizal Gunx
from The Reporter http://ift.tt/2BrK69k
via IFTTT
No comments:
Post a Comment