loading...
  • Breaking News

    Tuesday, December 26, 2017

    'Dengar tak bunyi 'benda' mengerang dalam 12 saat awal ketika video live?'


    Sesi membakar barang-barang khurafat dan sihir yang dilakukan oleh Pusat Rawatan Islam Terapi bil Quran, Malaysia ini mendapat perhatian netizen. Video yang dimuat naik 20 Disember lalu telah ditonton lebih setengah juta kali dan dikongsi semula 5,355 kali. 

    "Sesi bakar barang khurafat dan sihir. Dengar tak bunyi 'benda' mengerang dalam 12 saat baru live? Anjing menyalak dan burung bising serta 'benda' di pokok itu?" demikian tulis pengendali laman Facebook berkenaan. 

    "Ini sesi membakar barang-barang khurafat yang mana kita dah dapat, yang kita dah matikan, yang kita dah hancurkan, yang tangkal-tangkal daripada tok bomoh yang kita dah dapat. InshaAllah tuan-tuan, kita ada banyak lagi nak dihapuskan. Mudahan jangan ada lagi yang mengamalkan perbuatan ini.


    "Tiada apa yang pelik. Kita kena hancur dan bakar benda-benda ini. Kalau kita buat begitu sahaja, takut ada orang yang dapat dan gunakan semula. 

    "Mana-mana gambar pesakit yang digunakan untuk buat sihir, kemenyan-kemenyan yang digunakan itu semua akan dibakar dan dihancurkan. InshaAllah. 

    "Memanglah busuk, entah apa benda di dalam tu. Kita pun dalam keadaan segan-segan. Boleh tengok spot yang kita dapat ini dekat pokok besar ini saja. Masa tengah bakar tu, ada benda yang terjatuh, bergoyang semua, Allah saja yang tahu. Tetapi kita tidak boleh bakar barang-barang ini di kawasan perumahan. Kita kena bakar di tempat yang jauh. 

    "Memang ada macam-macam bau. Saya pernah ada pengalaman bakar barang-barang ini, ada benda itu meletup dan terkena pada muka kita. Tuhan saja yang tahu. Anda boleh tengok asap yang keluar. Tetapi memang prosesnya begini. 

    "Anda kena bakar benda ini. Ini tuan-tuan, yang mana saya takut nak buka tapi terpaksa nak buka sebab nak bakar benda ni. Kalau nak hapuskan dia, sama ada bakar atau koyak atau shredkan. Kita pun nak cepat balik ni, dah nak maghrib. 

    "Ini barang-barang yang kita tunjukkan anda live yang kita buka dan matikan benda-bendak khurafat, gambar-gambar pesakit, buka semua ikatan-ikatan dan simpulan itu semua dan sekarang kita bakar barang-barang itu semua. 

    "Mana dapat barang tu? Ada yang dapat dari pesakit, dari bomoh yang telah pencen. Saya kena pastikan semua benda ini dibakar sehingga hancur barulah saya boleh balik. 

    "Allah, macam-macam benda ada dekat sini. Baunya, asapnya hanya tuhan saja yang tahu," katanya. 

    Ada segelintir netizen yang mendakwa mereka hanya membakar 'sampah', menipu dan sengaja membuat gimik untuk mengelirukan netizen. 

    Namun pihak pusat rawatan berkenaan menafikan dakwaan yang tidak berasas itu. 

    "Kepada mereka yang pandai komen kata kami 'bakar macam sampah' menipu dan gimik semalam, harap boleh bagi alamat penuh kalian. Kami nak pos baki barang-barang ini untuk dilupuskan. Kami nak belajar cara anda pula menghapuskan benda-benda ini. 

    "Kami tak dibayar apa-apa pun untuk melupuskan benda-benda tersebut. Mancis pun tak diberi, mahupun ubat nyamuk," tegasnya. 

    Selain berkongsi video menghapuskan barang-barang sihir, laman berkenaan turut berkongsi mengenai sebuah taska yang didakwa telah disihir dengan najis. 


    "Taska disihir dengan najis. Orang lalu tak nampak. Pekerja semua 'panas' dan selalu bergaduh dan ramai yang berhenti. Tak ada budak nak masuk tahun hadapan dan ada budak yang menangis kalau datang ke taska ini. 

    "Tadi pagi kami dipanggil untuk 'bersihkan' taska ini. Terjumpa najis yang melekat di tembok taska berkenaan. Alhamdulillah setelah dibersihkan tadi, malam ini dah mula orang menghubungi dan mahu menghantar anak ke taska mereka. 



    "Mengapa bangsaku masih nak matikan perniagaan orang lain? Sihir kan dosa besar. 

    "Doakan pemilik taska ini tabah dan diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini serta dimurahkan rezeki dan diberi kejayaan dunia dan akhirat," katanya. 


    from The Reporter http://ift.tt/2lclR7R
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment