loading...
  • Breaking News

    Sunday, December 24, 2017

    'Kalau anak tak duduk dalam car seat, ibu bapa jadi huru hara'


    PENGURUSAN SI ANAK BILA DALAM KERETA

    Memang seronok berjalan dengan keluarga, kan? Tetapi pening dengan pengurusan si anak bila berada dalam kereta? Saya nak kongsi beberapa tips yang saya gunakan untuk baby Saif.

    1. Keperluan yang cukup. Lebih tak apa, jangan kurang. Which mean pampers spare, pakaian spare, stokin, cap, lampin dan handkerchief. Ini biasanya untuk anak bawah umur dua tahun seperti baby Saif. Tengah jalan-jalan tu la dia nak poo poo. Adeh! 

    2. Ubatan. Ini wajib. Saya memang wajib bawa minyak Yuyi, balm, Vco ibu dan narinarft. Tiba-tiba anak kembung perut atau sakit perut, kita tak tahu kan? Dan of course kadang-kadang kena gigit serangga. Ouch! 

    3. Makanan atau minuman. Anak-anak ini memang akan sentiasa lapar dan dahaga sebab mereka aktif. Roti pun jadilah. Air masak, wajib. Nanti dalam kereta mesti akan minta air. Kalau baby Saif, susu tak boleh tinggal. 

    4. Carseat. Saya sangat sarankan ibu bapa ajar anak-anak menggunakan carseat. Baby Saif kalau tak duduk dalam carseat, ibu dan ayah dia akan jadi huru hara. Nak putar radio, main gear, lompat-lompat dan memang tak selamat. Jadi carseat inilah penyelamatnya. Kalau apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku, anak-anak juga selamat. 

    5. Mainan. Bawa mainan anak-anak untuk anak duduk diam. Jangan bawa melambak-lambak. Bawa satu saja dah cukup. Jadi dia akan ralit dengan mainan dia. Kegunaan dalam kereta sahaja. Jangan bawa keluar pula. 

    6. Periksa kedudukan anak. Kalau anak ramai, wajib ibu bapa take note kedudukan anak-anak. Cukup ke tak semua anak-anak dalam kereta? Seatbelt pakai ke tak? Pintu lock ke tak? Dan akhir sekali pesan pada anak-anak supaya behave semasa berada dalam kereta. 

    Cukup enam tips simple dari saya. Yang mana kurang, boleh tambah dan semoga bermanfaat! 



    from The Reporter http://ift.tt/2DI0d48
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment