loading...
  • Breaking News

    Wednesday, December 20, 2017

    Pengajaran Daripada Kisah Cikgu Azizan, Kalau Betul Mak Ayah Sayang Anak Tolonglah Baca!


    Kecoh di media sosial tentang kes Cikgu Azizan yang tampar anak murid sebab menghidu gam dalam kawasan sekolah dan turut mempengaruhi murid lain (3 orang) supaya turut serta sejak tahun 2016.

    Malah anak murid itu juga terlibat masalah buli, memukul murid lain dan ponteng dengan memanjat pagar sekolah. Kalau rujuk kesalahan anak murid itu, patut ke cikgu membiarkan anak muridnya terus buat salah?

    Cikgu Dulu-dulu

    Zaman dulu-dulu ramai yang menjadi manusia berguna pada hari ini sebab ilmu yang dperolehi oleh guru menjadi berkat. Mak ayah dulu-dulu sentiasa bersyukur dan berterima kasih pada guru sebab mendidik anak-anak mereka. Malah mak ayah tanamkan dalam diri anak-anak mereka supaya hormat pada guru. Itulah yang sepatutnya kita kena teruskan.

    Merujuk kes Cikgu Azizan, sedarlah kita tidak mampu buat seperti yang telah guru-guru buat untuk mendidik anak-anak menjadi manusia yang berguna. Bagi mengelakkan kes seperti ini berulang, jemput baca perkongsian hati dari seorang guru, Mohd Fadli Salleh ini…

    Pagi ini Selasa, 19 Disember 2017 Cikgu Azizan akan dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa oleh ibu bapa muridnya sendiri dalam usaha beliau mendidik anak bangsa.

    Pagi ini juga, aku ingin menulis satu cerita. Kisah benar yang banyak berlaku di seluruh negara. Aku tulis satu dari ribuan kisah yang berlaku dan diharap sesiapa yang membaca mendapat pengajaran.

    Aku punya seorang kawan. Seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah menengah. Cikgu perempuan. Cukup aku namakan dia sebagai Cikgu A.

    Suatu hari, semasa Cikgu A ingin ke kantin, dia nampak kelibat dua orang pelajarnya di belakang bangunan sekolah. Seorang lelaki dan seorang perempuan.

    Dengan curiga, Cikgu A menghendap. Rupanya mereka beromen di belakang bangunan sekolah. Sudahlah ponteng kelas, bercium mulut dengan tangan saling meraba anggota tubuh badan antara satu sama lain penuh ghairah.


    Terkejut Cikgu A. Lantas dijerkah dan pasangan itu terus melarikan diri.

    Cikgu A mengambil tindakan sepatutnya. Satu tindakan yang mengikut SOP. Menulis laporan dalam buku kesalahan pelajar dan memanggil ibu bapa kedua pelajar itu untuk memaklumkan perlakuan keji mereka.

    Ibu bapa pelajar lelaki tidak hadir. Entah kenapa. Yang hadir cuma ibu bapa pelajar perempuan sahaja.

    Sebaik guru menerangkan kesalahan anak mereka, dengan tegas dan lantang si ayah menidakkan. Si ibu dengan mimik muka wanita jahat dalam telenovela Indonesia menyindir guru mengatakan guru sengaja mereka-reka cerita.

    Mereka tidak menerima bahkan mengatakan Cikgu A dengki dengan anak mereka. Sengaja ingin memalukan mereka sekeluarga. Dan akhirnya, Cikgu A pula yang dipersalahkan dihadapan pentadbir.

    Apatah lagi Cikgu A tidak sempat merakam apa-apa bukti kes itu. Makin sedap ibu bapa ini menyalahkan Cikgu A sehingga pentadbir pun tidak mampu nak membela tuduhan ibu bapa ini.

    Maka kes digugurkan. Murid itu dengan muka sombong tersenyum sinis pada Cikgu A yang kelihatan terkilan.

    Niatnya untuk membentuk muridnya disalah ertikan. Bahkan dia pula dipersalahkan!

    Cikgu Malas Nak Tegur

    Sejak itu, Cikgu A bertekad tidak mahu lagi mempedulikan pelajar A.

    Beberapa kali Cikgu A terserempak pelajar itu bercumbu. Ponteng sekolah merempit dengan murid nakal.

    Kali ini dia diam. Tidak lagi mahu menegur. Tidak lagi mahu memaklumkan pada pelajar itu. Sejarah silam membuatkan dia menjadi begitu.

    Selang setahun, dia mendapat tahu pelajar itu berhenti sekolah. Berhenti sekolah setelah mengandung anak luar nikah.

    Kahwin di usia muda. Seawal usia 16 tahun untuk menutup mulut orang. Setahun selepas itu, Cikgu A mendapat tahu pelajar ini bercerai. Masa umur 17 tahun anak dah dua.

    Kini pelajar itu berusia 23 tahun. Satu umur yang masih muda bagi wanita lain.

    Namun pelajar ini, dengarnya sudah punya lima orang anak. Kahwin cerai sudah tiga kali. Sekarang kembali menjanda.

    Masih liar seperti dulu kala. Malah lebih lagi. Berambut merah berpakaian seksi bertukar pasangan selalu.

    Anak-anak ditinggalkan dengan datuk nenek mereka.

    Sejak itu, setiap kali Cikgu A terserempak dengan ibu bapa pelajar ini, mereka buat-buat tidak nampak. Malah kalau boleh, mereka cuba elak untuk terserempak. Malu la tu.

    Jikalah mereka tidak menyalahkan Cikgu A suatu ketika dahulu, anaknya pasti tidak seliar ini hari ini.

    Jikalah Cikgu A tidak dipersalahkan oleh ibu bapa atas niat murninya, pasti Cikgu A tanpa penat menegur dan mendidik pelajar ini agar menjadi manusia.

    Bila nasi sudah menjadi bubur, apa lagi hendak dikata.

    Bila anak dara membuncit tanpa suami, saat itu kesal pasti melanda.

    Sumber: Mingguan Wanita


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2DhoCx8
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment