PETALING JAYA: Sejak akhir-akhir ini, lelaki berpenampilan wanita sudah mula menjadi perhatian dan kehadiran mereka semakin diterima oleh masyarakat.
Situasi ini berbeza dengan sekitar tahun 1980-an yang mana kemunculan artis lelaki berambut panjang di televisyen turut diharamkan kerana dilihat sebagai individu selekeh dan tidak terurus.
Ketika era media sosial menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat hari ini, segelintir lelaki yang berperwatakan wanita, malah berani tampil bertudung mula membimbangkan para agamawan.
Turut terkesan dengan fenomena itu adalah kakak kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman iaitu Noor Hayati yang telah memuat naik kenyataan berhubung isu ini di laman Instagramnya pada Ahad malam.
Noor Hayati meluahkan pendapatnya melalui Instagram pada Ahad malam.
"Berat rasa nak menaip. Nanti ada yang cakap acah-acah baik... tapi, kita sebagai netizen kena berhenti berkongsi dan mempopularkan mereka yang terang-terangan memainkan agama dan tukar jantina ini.
"Kita lebih menggalakkan untuk mereka bersaing siapa punya isu yang lebih viral," tulisnya.
Posting tersebut menerima sokongan yang menggalakkan daripada para pengikutnya dan rata-rata mereka bersetuju dengan pesanan yang disampaikan oleh wanita yang juga merupakan seorang usahawan kosmetik itu.
Menunjukkan ketegasannya dalam isu ini, Pengarah Eksekutif Sendayu Tinggi yang berusia 34 tahun itu turut membalas komen netizen yang mengaitkan strategi pemasaran adiknya, Aliff Syukri yang dianggap berlainan dengannya sebagai 'sesuatu yang salah'.
"Yang salah tetap salah," tulisnya kepada @iamrohanimhusain.
Seorang pengguna akaun @thejunnibyscha turut bersetuju dengan tindakan Noor Hayati memuat naik posting itu dan berharap agar wanita tersebut turut mengingatkan adiknya, Aliff Syukri.
Sebahagian daripada komen netizen terhadap posting tersebut.
"Dialah antara orang yang menggalakkan dan mengenalkan orang (masyarakat) pada mereka (golongan) tu juga. Orang (masyarakat) kenal dan viral juga melalui itulah (video).
"Dengan lagu dan video gandingan mereka di Instagram dan sebagainya," tulisnya sambil memohon maaf.
Balas Noor Hayati: "Keluar sama perut belum tentu sama sikap. Mudah-mudahan kita semua dipandu ke arah yang betul dan baik. InsyaAllah."
Setakat ini, posting tersebut menerima 9,044 tanda suka dan hampir 500 komen sejak ia dimuat naik 19 jam lalu.
Noor Hayati bagaimanapun berkata, dia tidak berniat untuk menghukum sesiapa dan menggalakkan netizen agar tidak lagi menyokong perbuatan menaikkan populariti golongan sebegitu dan menganggap ia seolah perkara biasa.
Sumber: Mstar Online
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2DbmK87
via IFTTT
No comments:
Post a Comment