Didakwa sering berpakaian mencolok mata apabila memuat naik gambar ke Instagram sehingga dikecam netizen, Nabil Ahmad, 34, tampil memberi kenyataannya mempertahankan isterinya, Zira atau nama sebenar, Nazirah Ayub,
Netizen melemparkan komen-komen negatif terhadap gambar yang dimuat naik oleh Zira di Instagramnya semalam yang menunjukkan gambar selfie pasangan itu dan Zira dikatakan memakai pakaian yang mencolok mata.
Menurut Nabil, komen-komen negatif seperti itu tidak perlu diberi perhatian kerana netizen sememang gemar menulis komen seperti itu.
"Zaman sekarang, apa yang kita buat atau pakai, orang tetap akan bercakap. Netizen memang gemar menulis sesuatu yang mereka suka.
"Kadang-kadang, ada profil yang saya buka, gambar mereka pun tak senonoh. Pernah sekali saya buka profil netizen di Twitter dan perbincangan mereka adalah mengenai perkara lucah.
"Saya dan Zira adalah orang yang sentiasa berfikiran positif. Saya tidak suka bercakap tentang orang lain kerana anak-anak saya sedang membesar. Saya tidak mahu nanti kalau apa yang saya katakan akan kena kepada anak-anak saya
"Kalau artis yang mereka minat berbogel sekali pun, tetap akan nampak sopan dan tak salah di mata mereka. Banyak lagi hal lain yang mereka boleh bincangkan, contohnya isu lelaki berpakaian wanita. Kenapa mereka menyokong dan tidak perdebatkan?" soalnya.
Dalam pada itu, Nabil juga berpesan kepada netizen daripada menulis komen-komen negatif, lebih baik netizen mendoakan mereka berdua.
"Kepada netizen-netizen yang suka menulis kecaman dan komen negatif, apa kata sama-sama doakan supaya saya dan isteri dibukakan pintu hidayah buat kami. Itu lebih baik," katanya.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter http://ift.tt/2BSBcoz
via IFTTT
No comments:
Post a Comment