loading...
  • Breaking News

    Wednesday, December 27, 2017

    Hantar DVD dan mesej tak senonoh, buruh dipenjara 6 bulan


    Padah menghantar cakera video digital (DVD) dan mesej tidak senonoh kepada seorang janda bagi tujuan yang tidak elok, seorang buruh lelaki dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret Parit, Perak, lapor Harian Metro

    Tertuduh, Megat Amir Asrul Megat Shaharuddin, 32, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadarudin. 

    Megat Amir didakwa dengan maksud mahu mengaibkan kehormatan seorang ibu tunggal berusia 52 tahun apabila memberikan satu DVD berunsur 18 tahun ke atas dan kertas tulisan yang mengandungi ayat yang tidak senonoh dengan maksud tulisan dan DVD berkenaan menganggu kesantunan wanita terbabit. 

    Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan rumah wanita berkenaan di Kampung Bakong, Mukim Lambor Kiri, Bota, pada jam 7.15 pagi Jumaat lalu.



    Megat Amir didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali. 

    Pendakwaan dijalankan oleh Inspektor Hamidah Hamzah, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Harbans Kaur. 

    Majistret Mohd Fitri kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada Sabtu lalu.

    BERITA BERKAITAN:
    'Saya janji saya akan puaskan akak' - Buruh hantar mesej tak senonoh kepada janda ditahan


    from The Reporter http://ift.tt/2Cb2vbl
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment