Seorang pegawai pergigian tergamak menembak mati bakal isterinya sendiri, lima hari sebelum majlis perkahwinan mereka selepas lelaki itu ditangkap curang dengan wanita lain.
Dalam kejadian awal Selasa lalu di daerah Tha Sae, wilayah Chumphon, Thailand, Ronnanchai Panchart, 25, mengaku telah membunuh tunangnya, Nontiya Krowjatturat
Ronnanchai dan Nontiya, 25, sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Ahad ini di kampung mangsa, di daerah Sawi. Namun, Nontiya tidak menyangka di depan matanya sendiri dia melihat bakal suaminya itu bersama wanita lain di dalam rumahnya.
Polis masih menyiasat kes tersebut yang berkemungkinan berlaku selepas suspek ditangkap berlaku curang oleh mangsa.
Menurut penyiasat, Nontiya bertengkar dengan suspek selepas mendapati lelaki itu curang dan mangsa telah dibunuh oleh suspek pada jam 1 pagi. Mayat mangsa kemudian ditemui oleh rakan sekerja yang datang ke rumah selepas mangsa tidak datang bertugas.
Melihat ada kesan darah di luar rumah, selain kunci pintu yang pecah, mangsa kemudian menghubungi pihak polis, memaklumkan kejadian itu.
Polis yang membuat siasatan, kemudian menangkap tunang mangsa, manakala seorang wanita yang dipercayai kekasih suspek juga turut ditahan.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter http://ift.tt/2pgWZBd
via IFTTT
No comments:
Post a Comment