Seorang remaja berusia 13 tahun cedera parah di bahagian muka selepas alat pemain MP3nya meletup secara tiba-tiba.
Dalam kejadian pada 16 Disember lalu, mangsa yang dikenali sebagai Xiao Peng dari Pingxiang, China, sebelum kejadian sedang mendengar muzik dari alat pemain MP itu dan secara tiba-tiba alat elektronik itu meletup di depan mukanya.
Menurut nenek mangsa, remaja terbabit terus segera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
"Dia sedang berdiri di balkoni sambil mendengar lagu sebelum saya terdengar bunyi letupan. Saya terus segera meluru ke arah dia dan mendapati Xiao Peng terbaring berlumuran darah.
"Sementara itu, alat pemain MP3 miliknya di lantai dan kelihatan hangus terbakar," katanya.
Doktor di hospital segera melakukan pembedahan kecemasan terhadap mangsa yang mengambil masa lebih kruang lapan jam bagi menyelamatkan nyawanya.
Menurut doktor, pergelangan tangan mangsa retak, mukanya melecur dan matanya juga rosak teruk.
Bagaimanapun, Xaio Peng bernasib baik dia berjaya diselamatkan. Namun keluarganya tidak dapat membayar bil perubatan yang berjumlah 200,000 yuan (RM124,000).
Bapa saudara mangsa menjelaskan, bapa remaja terbabit telah meninggal dunia pada 2010, manakala ibunya pula menghidap penyakit mental dan tidak dapat menjaga Xiao Peng.
Difahamkan, alat pemain MP3 itu dibeli dari sebuah gerai di kampung. Siasatan mendapati, pemilik gerai berkenaan meletakkan notis bahawa mana-mana individu yang telah membeli alat pemain MP3 yang berharga 18 yuan (RM11) berkenaan tidak boleh dipulangkan semula.
Setelah diperiksa, tiada sebarang maklumat mengenai syarikat pengeluar alat elektronik tersebut.
Menurut peniaga terbabit, dia mengambil sejumlah besar alat elektronik tersebut dari pasaran borong sebelum dijual di kedainya. Polis kini sedang menjalankan siasatan.
from The Reporter http://ift.tt/2DG9dGW
via IFTTT
No comments:
Post a Comment