Entah apa yang bermain di fikiran lelaki ini. Hanya kerana jururawat cuba memujuknya menemankan isteri yang sedang bertarung nyawa melahirkan anak di dewan bersalin, lantas didakwanya perbuatan itu boleh melemahkan otak lelaki.
Lebih teruk lagi, dia mendakwa perbuatan itu adalah agenda Yahudi yang ingin merosakkan orang lain tanpa sedar.
Berikut penulisan individu berkenaan:
Semasa isteri saya hendak bersalin anak kelima di Hospital Bukit Mertajam pada tahun 2011, jururawat telah cuba memujuk saya berkali-kali untuk temankan isteri semasa bersalin.
Tetapi peluang di saat isteri saya melahirkan anak, saya bergegas ke surau di dalam hospital untuk segera solat sunat hajat dan berdoa agar anak dan isteri saya selamat.
Pesan guru saya, suami yang menemankan isteri semasa bersalin boleh melemahkan otak si suami. Melemahkan otak macam mana, tidak pula diterangkan lebih lanjut.
Bila saya membuat carian di dalam internet, orang Yahudi pun tidak menemankan isteri mereka semasa bersalin.
Pihak hospital mempromosikan si suami agar temankan isteri bersalin atas alasan logik. Terpulang pada anda untuk membuat pilihan. Betapa liciknya orang Yahudi dalam merosakkan orang lain tanpa kita sedari.
Bagaimanapun, netizen di media sosial mengecam lelaki berkenaan yang dianggap mengarut dan sengaja menimbulkan fitnah terhadap pihak hospital. Malah, kata netizen, lelaki itu sebenarnya takut melihat darah.
"Ada satu golongan di mana, apa-apa sahaja yang berkaitan dengan hospital, klinik, doktor, jururawat, dressar, mesti semua mereka akan kaitkan dengan Yahudi. Antaranya adalah golongan anti vaksin, gentle birth, home birth, golongan penjual supplemmen penipu, penjual jus merapu, jamu makjun membongkak yada yada yada.
"Apa yang melemahkan otaknya wahai pakcik, kalau setakat menemankan isteri bersalin? Cakap sajalah yang kau sebenarnya takut melihat darah atau dengan kata mudah, lemah semangat.
"Siapa guru kau itu? Kasihan sungguh orang otak di kepala, akal di tumit ini. Bila dah tak ada benda nak fitnah, last-last dia akn kona kata semua hal perubatan ini angkara Yahudi, Freemason, Dajal, mata tiga bagai.
"Dey, tamankanlah isteri. Baru tahu betapa sakitnya nak beranak. Baru kau tahu isteri kau perlu pakai perancang untuk jarakkan kehamilan untuk bagi dia sembuh sepenuhnya dulu.
"Ini tidak, kau asyik nak anak tanpa memikirkan perasaan isteri yang menjaga, kau pula sedap melepak di kedai mamak," tulis Erna Nadia.
from The Reporter http://ift.tt/2pTAhzs
via IFTTT
No comments:
Post a Comment