loading...
  • Breaking News

    Saturday, December 23, 2017

    'Umur 23 tahun boleh beli rumah berharga hampir RM400K dengan basic RM1,000?'


    Asas nak membeli rumah? Buat simpanan dan berjimat cermat. Itulah yang dilakukan oleh anak muda ini. Biarkan gaji basic RM1,000, namun keinginannya untuk membeli rumah menjadi matlamat utama. Dia sanggup menahan nafsu dari berbelanja. 

    Selepas beberapa bulan, akhirnya dia berjaya membeli sebuah rumah untuk didiami bersama ibunya. Alhamdulillah. Inilah cara yang betul jika ingin membeli rumah, bukannya menggunakan jalan pintas yang akhirnya memakan diri di kemudian hari. Semoga bermanfaat! 

    UMUR 23 tahun boleh beli rumah berharga hampir RM400,000 dengan basic RM1,000 sahaja. Ini adalah thread. 

    Rumah atau kereta? Kalau korang rasa sudah mampu nak ada komitmen beli rumah, jangan beli kereta kerana kereta adalah liabiliti, bukan aset. 

    Buat apa membazir RM100,000 beli keret a kalau enam bulan akan datang, nilai kereta itu hanya RM80,000. Rugi. Dari beli kereta, baik beli rumah. 

    Rumah lelong around RM100,000 pun ada pada zaman sekarang. Mungkin selepas dua tahun kemudian, harga rumah dah jadi RM100,000+. 

    Macam mana nak mula beli rumah? Cuba cari harga rumah yang anda nak beli. Simpan sekurang-kurangnya 10% dari harga rumah itu sebelum proceed beli. Jimat tahan sikit hawa nafsu. 

    Setahun simpan duit. Kalau kerja korang ada over time atau allowances, buat kaw-kaw selama empat hingga enam bulan untuk dapat payslip yang cantik untuk loan korang. 

    Gaji tu kalau boleh simpan 65%. Guna gaji untuk tambang pergi kerja dan makan sahaja. Yang lain tahan dulu untuk enam bulan sahaja. 

    Bila simpanan dalam akaun bank kau dah ada macam gunung semut dan payslip pun cantik, dah boleh cuba merisik rumah yang kau suka. 

    Kalau nak permohonan pinjaman bank diluluskan dengan mudah, cuba dengan Hong Leong Islamic atau Bank Muamalat sebab diorang kira overtime dan allowances kau. Bank lain, tengok basic. 

    Kalau ada rezeki, inshaAllah permohonan pinjaman bank kau lulus. Janji niat kau betul, nak beli rumah untuk parents kau. Bukan untuk 'pp'. Haha. 




    Kalau kau boleh buat part time atau side income yang bagus, jangan takut untuk beli rumah di waktu umur masih muda. 

    Mulai hari ini, kalau ada niat nak beli kereta Honda dengan zero downpayment itu, lupakan dulu. Itu semua pelaburan atas angin. Simpan duit itu lagi setahun untuk beli rumah. 

    Untuk aku, gaji basic RM1,000 saja, allowences and commission yang buat setiap bulan mencecah RM5,000. Even baru kerja 11 bulan, every month simpan RM3,500.

    Sumber: Kitswagger


    from The Reporter http://ift.tt/2kJcDk2
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment