Bila berniaga, berniagalah dengan jujur dan ikhlas. Bila perniagaan kurang menjadi, jangan merungut tiada rezeki atau menyalah orang lain yang kononnya menyebabkan kita tiada rezeki. Sebaik-baiknya, muhsabah diri dan perbetulkan kekurangan dan bertawakallah kepadaNya.
Jangan pula menjadi seperti kejadian yang baru berlaku pada wanita ini yang hampir menjadi mangsa sihir rakan niaganya yang tidak bertanggungjawab. Sanggup individu yang tidak didedahkan namanya itu memberi air sihir kepada mangsa. Berhati-hatilah semua, jangan terlalu mudah percaya dan menerima pemberian orang.
AL KISAH BENAR yang berlaku pada 26 Disember 2017. Ada kawan sama 'seller' beri saya sejenis air minuman dan saya bawa pulang ke rumah. Rasa di hati tak nak minum sebab tak suka minuman itu. Tetapi mengenangkan orang dah ikhlas beri pada kita, saya pun minum sajalah.
Baru nak minum, baca Bismillah, tiba-tiba saja gelas pecah. Kejadian ini disaksikan oleh ahli keluarga lain yang berada di rumah pada ketika itu. Bunyi gelas pecah itu seperti bunyi letupan mercun A-Bom.
Tudiaa! Tak sangka hati 'kau' busuk macam ni. Patutlah hati ini rasa lain macam saja bila nak minum air itu.
Kepada anda semua, nak berkawan boleh tetapi rapat jangan sesekali. Dan sediakan payung sebelum hujan. Bila berkecimpung dalam dunia perniagaan ini, haruslah berhati-hati dan buat pelindung diri kita sendiri. Jangan ditanya siapa seller itu, malas nak sebut nama dan jadikan isu.
Kepada pelaku yang buat onar ini, cukuplah sampai di sini saja kita berkawan. Kau tahu siapa kau yang aku maksudkan.
Tangan saya masih terasa sakit dan kemerah-merahan akibat kesan gelas meletup dek air yang diberi individu berkenaan.
Sumber: Nona Sarawak
from The Reporter http://ift.tt/2le5qIk
via IFTTT
No comments:
Post a Comment