Foto Hiasan |
Perasaan orang yang sudah mati
"Orang yang mati awalnya tidak menyedari bahawa dirinya mati. Dia merasakan dirinya sedang bermimpi mati. Dia melihat dirinya ditangisi, dimandikan, dikafankan, disolatkan sehingga diturunkan ke dalam kubur. Dia merasakan dirinya sedang bermimpi saat dirinya ditimbus dengan tanah. Dia berteriak, namun tiada sesiapa yang mendengarnya.
Beberapa waktu kemudian, saat semuanya sudah pulang meninggalkannya sendirian di bawah tanah, Allah mengembalikan rohnya. Dia membuka mata dan terbangun dari 'mimpi buruknya'. Dia lega dan bersyukur, ternyata apa yang dialaminya itu hanyalah sekadar 'mimpi' buruk dan kini dia sudah terbangun dari tidurnya.
Kemudian dia meraba badannya yang hanya diselimuti kain sambil bertanya, "Di mana baju dan seluar aku?". Lalu dia meraba sekelilingnya yang hanyalah tanah. "Di manakah aku? Tempat apakah ini? Kenapa bau tanah dan lumpur?"
Lalu dia mula menyedari bahawa dia berada di bawah tanah dan sebenarnya apa yang dialaminya itu bukanlah mimpi. Ya, dia sedar bahawa dirinya benar-benar telah mati. Maka berteriaklah dia sekuat hati memanggil orang-orang terdekat yang dianggap dapat menyelamatkannya.
"Ibuu! Ayahhh! Datuuukk! Neneekkk! Kakakkk!! Abaaannngg!!" namun tiada sesiapa pun yang menjawabnya.
Dia yang selama ini lupa pada Allah pun ingat bahawa Allah adalah satu-satu harapannya. Menangislah dia meminta ampun.
"Ya Allah, Ya Allah, ampunilah aku ya Allah!!" dia berteriak dalam ketakutan yang luar biasa yang belum pernah dirasakan sepanjang hidupnya.
Jika dia orang baik, maka muncullah dua malaikat dengan wajah tersenyum dan mendudukkannya dan menenangkannya, menghiburkannya dan melayaninya dengan layanan yang terbaik. Jika dia orang yang tidak baik, maka dua malaikat akan menambah ketakutannya dan akan menyeksanya setimpal dengan keburukannya.
Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa ibu bapaku, keluargaku, saudara maraku dan sahabat-sahabatku. Janganlah Engkau mencabut nyawa kami di saat tubuh kami belum pasti berada di SyurgaMu. Aaminn. WallahuA'lam bishawab dan hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Sumber: Doa Harian
from The Reporter http://ift.tt/2DbgJfm
via IFTTT
No comments:
Post a Comment