loading...
  • Breaking News

    Monday, January 14, 2019

    'Nasi goreng strawberry ini dosa besar dalam masakan' - Reaksi netizen terhadap menu terbaru Ahmad Maslan


    Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan kembali trending di media sosial apabila beliau berkongsi menu nasi goreng terbarunya iaitu Nasi Goreng Strawberry.

    "Nasi Goreng Strawberry!! Asyik-asyik nasi goreng, tak reti masak yang lain ke? 

    "Reti tapi ini special sebab strawberry beli di Cameron Highlands sempena pilihan raya kecil. 

    "Nasi, bawang, telur, bilis, lada, sos cili, kobis, garam, minyak sawit dan strawberry dibelah dua. Sedap, sila cuba," katanya. 



    Bagaimanapun, resepi terbarunya itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang menganggap penggunaan buah strawberry dalam nasi goreng sebagai satu kesalahan jenayah dalam makanan. 





    "Berdosa la. Strawberry enak jika dimakan cecah coklat cair sundels. Mmm.. sedap.." - @jeppppppppppp_

    "Hello Polis, SPRM, JPJ, ATM, Bomba, ada orang buat jenayah salah laku di bawah Akta Strawberry 153," - @UzairJasmin. 

    "Nasi goreng dengan cheese boleh diterima lagi sebab ada orang Korea buat. Nasi goreng strawberry ini dosa besar dalam masakan," = @_abdullahazam

    "Tok, jagalah imej orang Pontian sikit. Penat saya kena kecam pasal nasi goreng strawberry tok ni. Pang kang." - @_dhulqarnain


    from The Reporter http://bit.ly/2VToA7I
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment