Menurut Rozita Ohtman, kakitangan premis itu memberitahu bahawa, kerusi roda yang digunakan oleh kakak iparnya itu dikhuatiri akan merosakkan mozek mereka.
"Hari ini bawa kakak ipar (OKU) jalan-jalan di Design Village Penang, Batu Kawan. Sampai di kedai coklat Beryl's, sedih sekali bila kakak ipar tidak dibenarkan masuk sebab beliau berkerusi roda.
"Staff di sana beritahu, nanti akan rosakkan mozek/lantai mereka yang kononnya cantik.
"Menjadi persoalannya, adakah naluri seorang OKU tidak layak untuk membeli coklat jenama Beryl's?" tulisnya di Facebook.
Perkara itu viral di media sosial dan mengundang kemarahan netizen yang menyelar tindakan diskriminasi kakitangan terbabit terhadap golongan OKU berkerusi roda.
Menyedari kejadian itu viral di media sosial, pihak Beryl's tampil memohon maaf dan mengambil tindakan segera bagi mengelakkan insiden seumpama itu berlaku di kemudian hari.
"Berhubung kejadian yang berlaku di kedai kami, Beryl's Design Village yang melibatkan pelanggan berkerusi roda tidak dibenarkan masuk ke premis, kami terlebih dahulu ingin memohon maaf bagi pihak syarikat ini terhadap pelanggan berkenaan.
"Kami akan mengambil tindakan segera bagi mengelakkan insiden seperti itu berulang lagi dan juga berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kami dengan menjalankan latihan kepada semua kakitangan kami untuk menjadi lebih inklusif dan mesra kepada semua orang," kata kenyataan Beryl's yang dimuat naik di Facebooknya semalam.
Sumber: Penang Kini, Beryl's
from The Reporter http://bit.ly/2BC7nHI
via IFTTT
No comments:
Post a Comment