loading...
  • Breaking News

    Tuesday, September 15, 2020

    'Allahurabbi, kereta berpusing lima kali di Highway Karak!' - 3 beranak terbabit dalam kemalangan


    Sebut saja Lebuhraya Karak, pasti bermacam-macam yang bermain di fikiran terutamanya kes kemalangan. Tidak dinafikan, banyak kes kemalangan di lebuhraya itu sehingga timbulnya pelbagai versi cerita. 

    Dalam kejadian baru-baru ini, sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Karak. 

    Menurut Shasha, kenderaan yang dipandu suaminya berpusing sebanyak lima kali. Mujur ketiga-tiganya terselamat, namun keadaan kereta mereka mengalami sedikit kerosakan. 

    "Allahurabbi, kereta berpusing lima kali di highway Karak. Nasib baik masih dipanjangkan umur lagi," tulis Shasha di Facebooknya. 

    Dalam status itu, Shasha mengesyaki ada individu yang tidak bertanggungjawab mencurahkan minyak di jalan raya menyebabkan kenderaan mereka menjadi mangsa perbuatan khianat.

    Dakwaan itu berdasarkan kehadiran seorang pekerja trak tunda atau towing yang secara tiba-tiba datang bertanyakan soalan yang dirasakannya tidak wajar. 

    "Selepas kejadian, orang towing sampai dalam tiga minit, terus turun tanya ada dah ke towing? Bukan nak tanya macam mana keadaan kami. 

    "Manusia yang tak ada hati perut, curah minyak kat selekoh, melibatkan nyawa orang ni ada anak kecik ni. 

    "Hati-hati kalau korang dalam perjalanan sehaluan Highway Karak," katanya. 


    Bagaimanapun, Shasha menjelaskan dia bukan mahu menuduh semua pekerja towing seperti itu tetapi mungkin ada segelintir yang berniat menganiaya pengguna jalan raya dan berharap statusnya itu tidak menimbulkan salah faham di kalangan pekerja towing. 

    "Ini sekadar peringatan bersama kita. Kalau anda berada di tempat kami, anda juga akan fikirkan benda yang sama. 

    "Turun-turun dan datang terus tanya towing dah ada ke? Tak tengok keadaan kami di dalam dengan anak kecil? Tup-tup diberi kad towing. 

    "Ini sekadar peringatan bersama, bukan nak bergaduh macam budak kecil. Hanya peringatan bersama," katanya. 

    Netizen juga tidak menafikan kawasan itu sememangnya kawasan yang kerap berlaku kemalangan tapi sehingga kini tidak diketahui puncanya. Banyak faktor yang menyebabkan keadaan jalan licin, contohnya seperti berlaku kebocoran minyak dari kenderaan lain, keadaan cuaca hujan yang menyebabkan jalan raya licin, keadaan jalan beralun dan sebagainya. 

    Kes kemalangan di Lebuhraya Karak terlalu kerap berlaku dan diharapkan para pengguna memanfaatkan perkongsian ini agar berhati-hati ketika memandu. 

    Sumber: Shasha Zakaria



    from The Reporter https://ift.tt/33teoHU
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment