loading...
  • Breaking News

    Tuesday, September 15, 2020

    'Kita tidak boleh menyaman mereka' - JPJ pandang serius isu geng basikal bahayakan pengguna jalan raya


    Susulan tular aduan netizen yang mendakwa keluarganya nyaris terbabit dalam kemalangan jalan raya disebabkan sekumpulan penunggang basikal yang tidak bertauliah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini memandang serius isu tersebut. 

    Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin khalid berkata, walaupun isu itu berada di luar bidang penguatkuasaan undang-undang JPJ, tetapi pihaknya bersedia bekerjasama dengan beberapa agensi penguatkuasa bagi menangani isu tersebut. 

    Menurutnya, JPJ tidak boleh mengeluarkan saman terhadap penunggang basikal kerana dalam konteks undang-undang, basikal bukan tergolong dalam kenderaan yang sepatutnya berada di jalan raya yang boleh dicukai dan bukan kenderaan yang boleh dikuatkuasakan oleh JPJ. 

    Contoh 'Memandang Serius'

    Kucing juga pandai memberi pandangan serius

    Hal-hal yang berkaitan basikal katanya, adalah di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan untuk mewujudkan lorong bersesuaian. 

    Semalam viral di media sosial, seorang wanita mendapat kereta keluarganya nyaris merempuh sekumpulan penunggang basikal di Rasah Kemayan, Seremban, Negeri Sembilan. 

    Mujur tindakan pantas suaminya menekan brek kecemasan berjaya mengelak dari terjadinya kemalangan yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, kenderaan di belakang mereka turut nyaris merempuh keretanya. 

    Sumber: Harian Metro

    LAPORAN BERKAITAN



    from The Reporter https://ift.tt/3bYAeGS
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment