loading...
  • Breaking News

    Wednesday, September 16, 2020

    Pelajar maut selepas kepalanya dipukul guru kerana gagal jawab 2 soalan matematik


    Seorang pelajar sekolah rendah di Sichuan, China, dihukum oleh gurunya kerana gagal menjawab dua soalan yang diberikan. Akibat dari hukuman itu, mangsa kemudian mengalami gegaran otak dan meninggal dunia. 

    Difahamkan, 10 September 2020 merupakan tarikh bagi sambutan Hari Guru di China. Ning Ning, 10, berasa teruja untuk pergi ke sekolah kerana mahu memberi bunga kepada gurunya. 

    Kira-kira jam 9 pagi, dia gagal menjawab dua soalan matematik yang diajukan menyebabkan gurunya marah lalu menyuruh dia melutut dan dalam masa yang sama telinganya ditarik, tangannya ditampar dan kepalanya dipukul. 

    Menurut kembar mangsa yang juga berada di kelas yang sama, Ning Ning tidak dapat mengangkat kepala atau badannya ketika dihukum. Selepas itu, rakan sekelasnya bergegas membantunya untuk kembali ke tempat duduk. 

    15 minit sebelum jam 12 tengah hari, guru berkenaan menghubungi nenek mangsa untuk membawanya pulang kerana dia kelihatan tidak sihat. 

    Neneknya segera datang ke sekolah dan mendapati mangsa tidak dapat membuka mata atau bercakap, lalu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi gagal dan Ning Ning disahkan meninggal dunia. 

    Ning Ning sebelum ini pernah memberitahu neneknya yang guru terbabit baru mula mengajar pada semester ini dan dia sangat takut untuk menghadiri kelas kerana guru itu suka menghukum pelajar dengan memukul mereka. 

    Media cuba menghubungi pihak sekolah berkenaan untuk meminta penjelasan, tetapi guru besarnya memutuskan panggilan telefon. 

    Sumber: Oriental Daily



    from The Reporter https://ift.tt/2FKJvX1
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment